Friday, November 13, 2009

Buku Naik Pangkat

1

Patah Semangat Kerana Tidak Naik Pangkat

Banyak orang yakin bahawa orang yang berhak dinaikkan pangkatnya adalah orang yang kuat dan rajin bekerja. Ini adalah keyakinan orang yang menjadi pekerja. Ini bukan keyakinan pihak yang menjadi majikan.

Satu lagi keyakinan di kalangan pekerja adalah orang yang lebih senior lebih berhak dinaikkan pangkat kerana jasa-jasanya kepada syarikat adalah lebih banyak dibandingkan dengan pekerja yang junior. Ini pun keyakinan orang yang bekerja, bukan keyakinan majikan.

Itulah sebabnya pekerja yang amat kuat bekerja akhirnya berasa patah semangat dan kecewa kerana disebabkan apabila tiba masanya majikan memilih siapa yang hendak dinaikkan pangkatnya, mereka yang rajin tidak dipilih. Sebaliknya mereka melihat rakan mereka yang mereka anggap tidak serajin diri mereka sendiri, dan tidak sepandai mereka dalam pekerjaannya, telah dinaikkan pangkat.

Perasaan kecewa itu timbul disebabkan mereka berasa dirinya dianiaya oleh majikan kerana mereka yakin pekerja yang paling rajinlah yang paling berhak dinaikkan pangkatnya.

Mereka juga berasa sia-sia mereka bekerja rajin untuk syarikat kerana akhirnya mereka tidak dinaikkan pangkat, manakala orang pula yang menerima habuan itu.

Rasa kecewa dan patah semangat menyebabkan mereka berfikir mahu berhenti kerja dan mencari pekerja dengan majikan lain. Keadaan ini merugikan kedua-dua pihak, baik pihak pekerja itu sendiri mahupun pihak majikan.

Bagi si pekerja, mereka mengalami beberapa kerugian. Pertama, mereka kehilangan nikmat sosial, yakni keselesaan bekerja dengan rakan-rakan sekerja yang sudah terbina selama bertahun-tahun, manakala di tempat baru mereka terpaksa menjalin hubungan sosial dari sifar semula. Kehadiran mereka di tempat baru belum tentu diterima dengan hati terbuka oleh pasukan pekerja di sana. Apatah lagi jikalau mereka ditawarkan jawatan tinggi yang tentu sekali menutup peluang pekerja di sana dilantik ke jawatan itu.


2

Kriteria Penting Naik Pangkat

Dalam suatu kajian yag pernah dijalankan oleh majalah FORTUNE International, 500 orang ketua eksekutif syarikat yang tergolong dalam senarai syarikat-syarikat terbaik di Amerika telah ditanya apabila mereka mencari timbalan, apakah 3 kriteria paling utama yang mereka akan kenalpasti pada bakal calon itu.

Tiga kriteria yang mereka sebut oleh ketua-ketua eksekutif itu adalah (i) pandai mendorong orang-orang lain, (ii) pandai berkomunikasi dengan orang-orang lain, dan (iii) memiliki pengetahuan teknikal dalam aktiviti syarikat.

Mengapa tiga kriteria itu sangat penting, bukan senioriti dan bukan juga kuat bekerja. Senioriti dan kuat bekerja bukan faktor paling penting dalam menjamin survival syarikat.

Antara tiga kriteria utama itu pengetahuan teknikal diletakkan di tempat ketiga. Maksud 'pengetahuan teknikal' bermakna memiliki kepakaran dalam kerja-kerja teknikal, sebagai contoh dalam syarikat pembuatan roti bermakna dia pandai membuat roti, ataupun dalam syarikat restoran bermakna dia mesti pandai memasak. Meskipun syarat ini penting tetapi pengetahuan teknikal diletakkan pada tempat ketiga, selepas pandai mendorong dan pandai berkomunikasi. Manakala syarat rajin bekerja tidak disebut langsung!

Dalam syarikat pembuat roti, pekerja dapur yang pandai membuat roti mungkin mempunyai bakat dan ilmu berkenaan membuat roti sahaja. Sebagai seorang pekerja yang sangat rajin membuat kerja-kerjanya sekarang, dia belum tentu mempunyai bakat-bakat, ilmu dan kemahiran bagi melaksanakan fungsi-fungsi, akauntabiliti dan tugas-tugas yang tidak lagi ada kaitannya dengan kerja-kerja membuat pelbagai roti.

Sebagai contoh, salah satu kriteria bagi mengisi jawatan supervisor kilang adalah bakat, ilmu dan kepandaian mendorong orang-orang bawahan. Ketiga-tiga kriteria itu tiada kaitan dengan bakat, ilmu dan kepandaian membuat roti. Itulah sebabnya, apabila majikan mencari calon bagi jawatan supervisor kilang maka kriteria rajin bekerja dan pandai membuat roti tidak lagi diambil kira. Jika diambil kira sekalipun, ia bukan kriteria utama. Yang lebih diutamakan adalah bakat mendorong orang lain dan bakat berkomunikasi.

Fungsi mendorong orang lain dan berkomunikasi adalah antara banyak fungsi yang mesti dilakukan oleh ketua di tempat kerjanya. Kedua-duanya adalah fungsi pemimpin. Di dalam syarikat pembuat roti, naik pangkat menjadi supervisor bermakna menjalankan fungsi-fungsi kepimpinan, bukan lagi membuat roti.


3

Naik Pangkat Bukan Ganjaran Rajin Bekerja

Banyak orang yakin syarat naik pangkat adalah rajin bekerja dan produktiviti kerja yang tinggi. Oleh itu mereka rajin bekerja dengan harapan mereka akan dinaikkan pangkat.

Namun kita dapat lihat bahawa individu-individu yang memegang jawatan tinggi bukan hanya rajin bekerja. Mereka juga memiliki ciri-ciri lain, dan salah satu ciri itu adalah mereka pandai bercakap.

Naik pangkat bukan ganjaran yang diberikan oleh majikan bagi sifat rajin bekerja ataupun sikap taat lurus bendul kepada ketua. Ganjaran bagi tingkah laku rajin bekerja yang disediakan oleh majikan adalah dalam bentuk-bentuk seperti kenaikkan pada gaji bulanan, komisen, bonus, percutian dan banyak lagi. Dalam erti kata yang mudah, naik pangkat bukan upah rajin bekerja.

Pangkat juga bukan upah untuk pekerja yang hanya cekap membuat kerja-kerjanya yang ada sekarang. Bagi pekerja yang hanya cekap mengeluarkan roti dengan banyaknya, maka dia layak diberi gaji tambahan, komisen, bonus dan lain, tetapi dia tidak layak dinaikkan pangkat.

Pekerja yang rajin bekerja belum tentu memiliki bakat dan keupayaan melaksanakan peranan pada peringkat jawatan tinggi. Setiap pangkat mempunyai peranan penting bagi memastikan survival syarikat. Bagi tiap-tiap pangkat ada senarai fungsi, akauntabiliti dan tugas-tugasnya.

Sebagai contoh, dalam syarikat pembuat roti, kecekepan membuat roti bukan lagi menjadi fungsi-fungsi, akauntabiliti dan tugas-tugas seorang supervisor dalam kilang roti itu. Justeru tukang roti yang paling rajin dan cekap tidak semestinya mempunyai kebolehan menjadi supervisor kilang roti.

Justeru, pekerja-pekerja di kilang roti yang rajin membuat roti sehingga larut malam mungkin hanya pandai bekerja dengan tepung, ragi dan oven di dalam dapur kilang rotinya. Namun pandai membuat roti bukan salah satu kriteria utama kenaikkan pangkat. Pengetahuan teknikalnya itu terletak dalam tempat ketiga. Dua kriteria yang lebih penting adalah pandai mendorong dan pandai berkomunikasi.


4

Meningkatkan Peluang Naik Pangkat

Senioriti dan rajin bekerja semata-mata tidak menaikkan peluang seseorang naik pangkat. Ini adalah realiti.

Bagi mengisi jawatan yang lebih tinggi seseorang itu perlu memiliki (i) lebih banyak bakat, (ii) lebih banyak ilmu, dan (iii) lebih banyak kemahiran yang diperlukan bagi melaksanakan fungsi, akauntabiliti dan tugas-tugas yang dibebankan kepada jawatan tinggi itu.

Banyak pekerja memiliki ketiga-tiga ciri itu. Tetapi jika ketiga-tiga perkara itu tidak dipamerkan, tidak ditonjolkan kepada para ketua dan rakan-rakan sekerja, terutama kepada mereka yang berkuasa memilih siapa yang hendak dinaikkan pangkatnya, maka dia tidak akan terpilih.

Peluang seseorang itu naik pangkat dipengaruhi oleh kebolehannya berkomunikasi dengan menggunakan cara-cara yang efektif. Sama ada dia akan naik pangkat ataupun tidak pada masa hadapan sangat dipengaruhi oleh tiga perkara.

Pertama, bagaimana dia menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh panel penemuduga.

Ini memerlukan kemahiran berkomunikasi. Dia perlu belajar cara-cara yang betul menjawab pertanyaan panel. Banyak orang apabila ditanya oleh panel penemuduga mereka memberi jawapan yang jujur dan ikhlas, bukan jawapan yang betul.

Banyak juga orang yang bertelagah dengan ahli panel. Tidak kurang pula yang bercakap dalam temuduga naik pangkat menggunakan bahasa patah-patah, bahasa campur aduk, dan bahasa dialek.

Kedua, kebolehannya menulis surat, laporan dan kertas kerja yang meyakinkan.

Ini memerlukan kemahiran berkomunikasi secara bertulis. Semakin tinggi sesuatu jawatan, semakin banyak surat-menyurat, laporan, kertas kerja dan kertas projek yang mesti dibuat.

Banyak orang, semasa berada di jawatan junior, mereka tidak mengambil berat mahu belajar cara-cara menulis surat, laporan dan kertas kerja. Apabila mereka diminta oleh ketua supaya menolong menuliskan surat, laporan dan kertas kerja, mereka tidak suka lalu melakukannya dengan hati yang berat. Banyak orang yang seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada diarahkan oleh ketua melakukan kerja-kerja itu kerana bagi mereka itu bukan kerja hakiki mereka. Dengan sikap begitu mereka tidak belajar teknik-teknik dan format-format yang betul apabila berkomunikasi menggunakan tulisan, padahal kemahiran itu sangat penting bagi tujuan naik pangkat.

Ketiga, kebolehannya menonjolkan bakat-bakat dan kemahiran-kemahiran yang dimilikinya.

Ini juga memerlukan kemahiran berkomunikasi. Bakat dan kemahiran perlu ditonjolkan. Aktiviti mempamerkan dan menonjolkan bakat hanya dapat dilakukan dalam proses berkomunikasi apabila menghadiri dan mengambil bahagian secara aktif dalam majlis-majlis seperti mesyuarat, perbincangan, perundingan, taklimat, persembahan dan persidangan.

Orang yang dinaikkan pangkatnya bukan hanya perlu pandai berkomunikasi dengan orang bawahannya, rakan sejawatnya, tetapi dia juga perlu berkomunikasi dengan orang-orang di luar organisasinya. Sebagai contoh para pegawai syarikat swasta perlu berkomunikasi dengan pegawai-pegawai kerajaan, dengan petugas syarikat-syarikat lain, dengan pelanggang syarikatnya sendiri, dan dengan sesiapa sahaja yang memberi bermacam-macam khidmat kepadanya.

Banyak orang, semasa dia berada dalam jawatan junior, mereka tidak mahu aktif dalam persatuan. Apabila ada majlis, mereka tidak mahu mengambil bahagian aktif dan tidak mahu tampil ke hadapan atas alasan itu bukan kerja hakiki mereka dan hanya menambahkan beban kerjanya yang sudah sedia ada. Padahal, dengan mengambil bahagian dalam pelbagai majlis dan acara itu dia berpeluang mempamerkan dan menonjolkan bakat-bakat dan kemahiran yang dimilikinya, yang sangat berguna dalam jawatan yang lebih tinggi.


5

Fasih Bercakap

Suatu perkara yang mudah kita lihat adalah kenyataan bahawa semua orang yang memegang jawatan tinggi pandai bercakap. Mereka pandai menyampaikan ucapan, pandai menyampaikan taklimat, pandai bercakap dengan wartawan, pandai menjadi panel forum, pandai menjalankan pembentangan kertas projek, pandai mempengerusikan mesyuarat, dan banyak lagi aktiviti yang menghendaki seseorang itu bercakap di depan khalayak.

Justeru, fasih bercakap adalah salah satu syarat penting naik pangkat, tetapi syarat ini tidak dituliskan di mana-mana, oleh sebab itu perkara ini tidak disangka sangat penting. Sebagai contoh, syarat pandai bercakap tidak dimasukkan dalam permohonan kenaikan jawatan, akibatnya banyak orang yang tidak mengambil berat memperbaiki kefasihan mereka bercakap dalam acara-acara rasmi.

Bahasa dan Integriti
Bahasa adalah salah satu modal bisnes yang penting. Dengan menggunakan bahasa semata-mata kita dapat menarik banyak duit dari akaun bank orang-orang lain lalu masuk ke dalam akaun bank kita.

Dalam dunia bisnes, kita hanya mahu berurusan dengan orang yang kredibel dan berintegriti kerana hanya dengan itu sahaja kita berasa selesa dan selamat berurus-niaga, baik menjual ataupun membeli, meminjam wang ataupun meminjamkan wang, memberi kredit mahupun menerima kredit, menyerahkan kontrak mahupun menjalankan kontrak.

Individu yang kredibel adalah individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam perkara-perkara yang dipercakapkannya.

Bakal klien mesti yakin bahawa kita seorang yang kredibel, barulah beliau mahu berurusan dengan kita.

Sebagai contoh, apabila kita mahu mendapatkan kontrak menjalankan bengkel latihan komunikasi, bakal klien mesti yakin bahawa kita memiliki ilmu-ilmu komunikasi dan mempunyai skill berkomunikasi dengan baik. Klien juga mesti yakin kita memiliki ilmu-ilmu dan skill mengendalikan bengkel latihan. Barulah kita ini kredibel di matanya.

Individu yang mempunyai integriti adalah orang yang diyakini bukan pendusta, dan bukan penyamar, apatah lagi penipu. Bakal klien akan scan kita bagi mengenalpasti ciri-ciri penyamar yang mungkin ada pada diri kita. Dia mesti yakin orang yang datang ke pejabatnya itu tidak menyamar sebagai seorang pakar.

Banyak faktor membantu kita mencipta imej sebagai orang yang kredibel dan berintegriti tinggi. Antara faktor-faktor itu adalah bahasa yang kita gunakan apabila menulis SMS, menulis emel, menulis dalam blog, dalam Facebook, web rasmi, dan apabila bercakap dalam telefon, di radio, di TV, dan apabila bercakap orang-dengan-orang.

Bahasa yang digunakan oleh seseorang adalah mencerminkan ilmu-ilmu dan maklumat yang ada dalam otaknya.

Orang boleh menyamar dengan berbagai cara -- melainkan dengan bahasa. Bahasa (perkataan, istilah, frasa dan wacana) seorang jurutera adalah berbeza daripada bahasa seorang juruteknik.

Yang menjadi isu sekarang ini, banyak berlaku kes di mana klien menyangka orang yang datang ke pejabatnya itu adalah seorang 'juruteknik' sedangkan dia sebenarnya seorang 'jurutera', disebabkan si 'jurutera' bercakap menggunakan bahasa 'juruteknik'.

Justeru, bahasa yang kita gunakan memainkan peranan penting mencipta kredibiliti dan integriti diri kita pada pandangan mata bakal klien.

Berbahasa dengan Orang Atasan

Dompet pelanggan yang berpelajaran tinggi adalah tebal dengan duit.

Apabila kita dapat membekalkan mereka dengan produk ataupun perkhidmatan, banyaklah duit dari akaun bank mereka yang dapat kita pindahkan masuk ke dalam akaun bank kita.

Berniaga dengan pelanggan berpelajaran tinggi sangat menguntungkan, semata-mata disebabkan duit mereka banyak. Semakin banyak duit pelanggan kita, semakin banyak duitnya yang dapat kita pindahkan ke dalam akaun bank kita.

Pengurusan hotel-hotel 5-bintang adalah contoh mereka yang pandai berniaga dengan pelanggan yang banyak duit. Namun ada peniaga kecil-kecilan yang tidak kurang pandainya berniaga dengan orang yang banyak duit.

Orang yang banyak duit banyak kerenahnya. Banyak perkara yang tidak diminta oleh pelanggan kecilan, diminta oleh pelanggan yang banyak duit.

Banyak perkara yang tidak menjadi kudis kepada orang kecilan, sebaliknya menjadi pantang besar kepada orang yang banyak duit.

Ego individu yang berpelajaran tinggi tidak serupa dengan ego orang kecilan.

Sebagai contoh, pelanggan kecilan tidak sakit hati apabila mereka dilayan dengan panggilan pakcik, makcik, abang, kakak dan lain-lain panggilan kampungan, tetapi tidak begitu halnya bagi pelanggan yang berpelajaran tinggi.

Apabila kita pandai mengurut-urut ego orang yang banyak duit, dia tidak kisah berapa banyak margin yang kita kenakan pada harga produk ataupun perkhidmatan yang kita bekalkan kepadanya.

Bahasa adalah sejenis currency - matawang.

Bahasa yang digunakan dengan betul dalam Face Book dapat menterjemahkan peluang bisnes menjadi duit tunai. Begitu juga sebaliknya. Bahasa yang digunakan dengan salah menyebabkan kita hilang peluang membuat duit.

Semasa menulis dalam FB, antara aspek-aspek komunikasi interpersonal yang wajib dijaga dengan ketat sekali adalah:

(i) Jangan yakin bahawa kita tahu apa yang ada dalam hati orang-orang lain.

Kita mungkin suka hendak bermesra-mesra dengan prospek pelanggan kita dalam FB, tetapi orang itu belum tentu mahu dirinya dimesra-mesrai dengan cara-cara yang kita gunakan itu.

Pendek kata, jangan kita melantik diri sendiri menjadi jurucakap orang lain. Walaupun orang itu hanya pengawal keselamatan, jangan kita berkata dalam hati: "Dia tentu okay kalau aku panggil dia 'abang' sahaja."

Dari mana kita tahu orang itu okay apabila kita panggil dia 'abang'? Inilah yang dikatakan kita melantik diri kita menjadi jurucakap orang lain.

Orang awam macam kita mungkin okay apabila dipanggil 'encik', tetapi pegawai tinggi dalam pasukan beruniform, seperti tentera, polis, kastam, imigresen dll, suka dipanggil 'tuan' oleh orang awam sekalipun.

(ii) Jangan meng-impose nilai-nilai peribadi kita ke atas prospek pelanggan kita.

Teknik-teknik komunikasi dan gaya bahasa yang kita sukai belum tentu disukai oleh orang-orang lain. Jadi, jangan kita paksakan cara-cara dan citarasa kita ke atas orang-orang lain.

Kita mungkin suka menulis dan bercakap menggunakan you-I-you-I dengan orang-orang lain. Jadi, kita tidak berasa apa-apa jika orang bercakap dengan kita menggunakan you-I-you-I.

Tetapi bukan semua orang macam kita, kerana bagi mereka you-I-you-I serupa maknanya dengan engkau-aku-engkau-aku (itulah sebab tidak akan ada sesiapa yang bercakap menggunakan you-I-you-I apabila bercakap dengan ibu dan bapa mertuanya sebab bercakap begitu adalah biadab).

Jika prospek pelanggan kita bercakap you-I-you-I kepada kita, kita jangan ikut gaya bahasanya.

Pendek kata, bak istilah Inggerisnya, jangan kita ‘take liberty’ ke atas orang-orang lain.

Apabila bercakap dengan prospek, tanya dahulu kepada orang itu bagaimana sebaiknya kita memanggil dia. Sebagai contoh, kita bertanya: "Minta maaf, bolehkah saya bertanya sedikit? Apakah panggilan yang sesuai saya gunakan - Datin ataupun Dr.?"

Kalau dia menjawab: "Mana-mana pun boleh."

Kita hendaklah berkata: "Kalau begitu, bolehkah saya gunakan Datin?"

Prinsip yang selamat diikuti dalam apa juga interaksi interpersonal adalah: Biar terlebih, jangan sekali-kali terkurang.

Contoh aplikasi prinsip ini: Kalau kita tidak pasti apakah orang itu seorang yang bergelar Dato’, maka panggil dia Dato’. Jangan sekali-kali panggil dia Encik.

Kalau dia menjawab, “Saya bukan Dato’,” jangan kita jawab, “Minta maaflah, saya silap.”

Jawapan yang betul adalah, “InsyaAllah! Saya doakan tidak lama lagi Tuan menjadi Dato’. Amin.”

Begitulah halnya, jika kita tidak yakin orang itu masih Dato’ ataupun sudah menjadi Tan Sri, maka panggilah Tan Sri.

Jangan sekali-kali membahasakan pelanggan perempuan (tanpa mengambil kira berapa umurnya) dengan panggilan kampungan seperti 'mak aji', 'makcik', 'kakak' ataupun 'adik'.


Bahasa untuk Menonjolkan Bakat Kita

Bahasa yang kita gunakan mempunyai keupayaan menarik duit keluar dari akaun bank orang lain dan memasukkannya ke dalam akaun bank kita.

Daripada bahasa yang kita gunakan, orang mencipta persepsi tentang diri kita, sebagai contoh mereka mungkin mendapat persepsi kita seorang yang berpelajaran tinggi, profesional, berdisiplin, ataupun sebaliknya.

Sebagai orang bisnes, apabila kita menulis dalam Face Book, sentiasa gunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Demikian juga halnya apabila kita menulis emel, SMS, dalam blog dan laman web.

Gunakan bahasa tinggi secara konsisten, meskipun semasa tujuan kita menulis itu adalah berkomunikasi secara sosial sahaja, bukan bertujuan bisnes.

Di sebalik disiplin menulis menggunakan bahasa tinggi adalah prinsip bahawa semua bentuk komunikasi orang bisnes adalah bisnes, oleh kerana semua orang di sekeliling kita adalah prospek pelanggan ataupun klien kita belaka. Kita tidak tahu siapa yang akhirnya akan menjadi pembeli produk kita ataupun pengguna perkhidmatan kita.

Ciri-ciri bahasa tinggi yang paling asas adalah:

1. Ejaan yang betul.

Pelajari dan gunakan sistem ejaan yang betul, yakni yang mematuhi sistem ejaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

2. Tanda bacaan yang betul.

Gunakan noktah dan koma di tempat-tempat yang betul. Pelajari peraturan menggunakan huruf besar dan huruf kecil yang betul. Sebagai contoh, selepas noktah, gunakan huruf besar.

Kesilapan mengeja dan tanda bacaan dengan mudah mencetuskan persepsi si penulis seorang yang tidak teliti apabila bekerja, tidak sistematik, gopoh-gapah, tidak suka menyemak apa yang dilakukannya dan tidak profesional.

Malah bahasa yang elok dikaitkan dengan taraf pendidikan yang tinggi, banyak membaca, dan personaliti yang baik.

Justeru, bahasa adalah alat yang sangat penting bagi mencipta keyakinan prospek pelanggan dan klien terhadap diri kita, sekaligus kualiti produk dan perkhidmatan kita.


Internet adalah telaga duit terbaru ciptaan manusia modern hari ini. Sebagai orang bisnes, kita perlu belajar semula, kali ini belajar pelbagai kemahiran memancing duit yang ada di dalam akaun bank pengguna-pengguna internet dan memasukkan duit itu ke dalam akaun bank kita.

Salah satu pelajaran baru itu adalah menjalankan aktiviti marketing dengan menggunakan Face Book.

Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan supaya imej kita sebagai bisnesman yang kredibel dan berintegriti kekal terjaga dengan elok.

(1) Sentiasa menulis entri yang informatif, baik, dan berguna isi kandungannya.

Jangan menulis perkara yang baik untuk bisnes kita, sebaliknya tulis maklumat yang baik dan berguna kepada rakan-rakan FB lain.

Tuliskan pelbagai tip yang berguna dalam kehidupan sehari-harian. Hal itu amat bagus bagi imej kita, dan ia membantu kita menjadi popular dalam FB.

Disebabkan rakan-rakan FB suka membaca tip-tip yang kita tuliskan, mereka akan mempunyai persepsi positif tentang peribadi kita.

(2) Menulislah dengan cara yang menyebabkan rakan-rakan FB berasa mereka dihormati apabila membaca setiap entri kita.

Gunakan perkataan 'tuan', 'puan', 'saudara', 'saudari' dan yang seumpamanya, meskipun semasa kita menulis komen terhadap entri sahabat karib sendiri.

Apabila kita menulis komen terhadap entri sanak-saudara sendiri, gunakan panggilan mulia seperti 'ayahanda', 'bonda', 'kanda', 'adinda', 'anakanda' dan 'cucunda'.

Lebih baik lagi kita menggunakan 2 Face Book yang berlainan, (i) Face Book bagi memasarkan diri kita dan bisnes kita, dan (ii) Face Book bagi berkomunikasi dengan sahabat handai dan kaum kerabat.

(3) Dalam Face Book, gunakan cara-cara yang halus bagi menunjukkan bahawa kita mempunyai kelulusan yang tinggi.

Manusia suka berinteraksi dengan orang-orang yang memiliki banyak persamaan dengan diri mereka sendiri. Golongan berpendidikan tinggi suka berurusan sesama orang yang berpendidikan tinggi.

Sebagai tanda kita berpendidikan tinggi, menulislah dengan menggunakan sistem ejaan lengkap, tatabahasa dan tanda bacaan yang betul.

(4) Elakkan menulis MENGGUNAKAN SEMUA HURUF BESAR kerana ia serupa dengan perbuatan kita menjerit-jerit di depan muka orang itu.

Memasarkan diri kita dan bisnes kita dalam Face Book adalah suatu seni dan juga suatu sains.

Bahasa dan Barnding

Ketampanan sosial sangat besar peranannya dalam kejayaan bisnes yang melibatkan sektor perkhidmatan peribadi, di mana kita mempunyai kontak langsung dengan pelanggan ataupun klien kita.

Ada 2 jenis ketampanan, iaitu (i) ketampanan fizikal, dan (ii) ketampanan sosial. Banyak orang yang ciri-ciri fizikalnya biasa-biasa sahaja, tetapi mereka memiliki ketampanan sosial yang luar biasa.

Ketampanan fizikal itu ada pada diri kita - hidung yang mancung, mata yang bulat, kulit yang putih kuning dan lain-lain lagi. Semakin kita tua, semakin berkurangan ketampanan fizikal kita.

Ketampanan sosial itu ada pada pandangan dan persepsi orang-orang lain mengenai diri dan karekter kita. Semakin kita tua, kita dapat dipandang semakin tampan oleh orang-orang yang mengenali kita.

Produk-produk kita bukan unik. Banyak produk lain dalam pasaran yang serupa dengan produk kita. Orang mempunyai banyak pilihan sama ada mahu membeli daripada kita ataupun orang lain.

Dalam bisnes, orang membeli daripada kita adalah disebabkan mereka menyukai diri kita. Dan, pelanggan kita bukan menyukai kita disebabkan hidung kita mancung ataupun kita memiliki kereta besar dan mahal.

Orang menyukai kita disebabkan kita mempunyai integriti dan kredibiliti.

Integriti adalah sejauh mana pelanggan kita percaya kita tidak menipu dia. Jadi, integriti adalah isu akhlak dan etika bisnes kita. Pendek kata, integriti menjadikan kita bisnesman yang baik.

Manakala kredibiliti adalah sejauh mana pelanggan kita percaya kita mempunyai pengetahuan berkenaan produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan kepadanya. Jadi, kredibiliti adalah isu ilmu dan kepakaran kita.

Integriti dan kredibiliti berperanan serentak dalam mencipta ketampanan sosial kita.
Face Book sangat berguna sebagai alat bagi menjalankan apa yang disebut 'social media marketing' bagi mempromosi produk ataupun perkhidmatan kita.

Sebagai orang bisnes, diri kita adalah sebahagian daripada bisnes kita. Nama kita dan diri kita dapat dijadikan brand dengan menggunakan Face Book. Caranya adalah dengan melakukan aktiviti 'personal branding'.

Yang disebut personal-branding adalah proses bagaimana kita menjadikan diri kita dan kerjaya kita sebagai suatu brand.

Cara melakukan personal-branding adalah dengan menulis posting-posting yang menceritakan banyak tentang diri kita tetapi dengan tidak menonjol-nonjolkan diri kita, yakni dengan tidak memasukkan unsur-unsur ego.

Posting-posting kita akan dibaca sebagai tulisan orang yang egoistik apabila perkara yang menjadi tema tulisan kita adalah... saya, saya, dan saya.

Konsep personal-branding datang daripada apa yang disebut 'self-packaging'. Seseorang itu menjadi brand apabila dirinya dipersepsi mempunyai nilai sebagai suatu aset yang sangat unik, yakni berbeza daripada orang-orang lain.

Dalam FB, kita melakukan personal-branding dengan cara mencipta sekumpulan penggemar posting-posting yang kita tulis, dan mereka sentiasa tertunggu-tunggu apa lagi yang akan kita tulis dalam posting akan datang.

Bagi membolehkan diri kita menjadi brand yang bernilai kepada pembaca FB, ini bermaksud kita perlu memberikan sebanyak-banyaknya kepada mereka. Ertinya kita mesti menjadi sumber maklumat yang berguna kepada mereka, supaya mereka kerap merujuk apa yang kita tulis.

Matlamat personal-branding adalah menjadikan diri kita orang yang disukai, dihargai dan dipercayai oleh orang-orang lain. Dalam erti kata lain, kita dipersepsi sebagai seorang yang kredibel dan berintegriti.

Personal-branding membolehkan pembaca FB melihat bahawa nilai diri kita adalah lebih tinggi daripada nilai produk ataupun perkhidmatan kita.

Pada posisi ini barulah kita dapat mempromosi dengan efektif produk ataupun perkhidmatan yang baik dan berguna dalam FB kepada orang-orang yang menaruh kepercayaan pada diri kita.



Bahasa Positif

Apabila kita berniaga, kata-kata yang kita ucapkan dapat menyebabkan wang datang ataupun wang lari.

Ada perkataan yang mempunyai nilai komersial, yakni apabila perkataan itu digunakan, produk kita laku, manakala ada perkataan yang sebaliknya.

Contoh perkataan yang tidak mempunyai nilai komersial adalah masalah.

Justeru perkataan masalah tidak sesuai digunakan sebagai judul buku, seminar ataupun bengkel.

Ramai orang bergiat aktif dalam bisnes bercakap (speaking) dengan menjadi hos radio, rancangan talk-show di TV, memberi kuliah, tazkirah, bengkel dan berceramah.

Supaya audiens suka mendengar kita bercakap, jangan sebut perkataan masalah, sebaliknya gantikan dengan perkataan situasi.

Contoh-contoh:
(a) Masalah remaja zaman sekarang.... (SALAH)
(b) Situasi remaja zaman sekarang.... (BETUL)

Dengan tidak menggunakan perkataan masalah, kata-kata yang kita ucapkan menjadi lebih sedap didengar, tutur kata kita menjadi lebih lunak dan manis, oleh itu kita dapat menaikkan mutu perkhidmatan kita, dan jumlah undangan akan meningkat.

Dalam percakapan harian pun begitu juga, jangan sebut perkataan masalah supaya orang di sekeliling kita suka mendengar percakapan kita.

Hasilnya, ramai orang suka berinteraksi dengan kita, dengan itu kita dapat meningkatkan jumlah rakan-bisnes dan pelanggan kita.




Jangan Memerintah

Tidak ada orang yang suka dipaksa-paksa, disuruh-suruh, diarah-arah, ditekan-tekan, diperintah, apa lagi diugut digertak supaya melakukan kerja-kerjanya sendiri.

Bukan Merayu

Perkataan 'mohon' bukan serupa maknanya dengan perkataan 'memohon', oleh itu ayat arahan yang menggunakan perkataan 'mohon' bukan ayat rayuan.

Telefon

Telefon adalah alat membuat duit yang paling penting. Telefon juga boleh menyebabkan kita hilang banyak duit.

Justeru, telefon perlu digunakan dengan efektif supaya duit banyak masuk ke dalam akaun bank kita.

Ada beberapa perkara yang dapat mencederakan hubungan bisnes dengan klien:

(1) Bagi kita, setiap panggilan bisnes yang kita buat tentulah amat penting. Tetapi bagi pihak klien, panggilan telefon kita mungkin bukan prioriti bagi dijawabnya serta-merta.

Apabila kita meng-call klien sewaktu klien kita itu sedang sibuk, kita mengganggu ketenangan emosinya. Kita mungkin dianggap sudah menjadi macam 'pest' dan tercederalah hubungan bisnes kita.

Bagi mengelakkan kecederaan dan duit lari, hantar SMS dahulu. Ini serupa dengan adab mengetuk pintu sebelum masuk. Tulis SMS begini: "Asalamualaikum, Tn. Farid. Saya Ainon dari PTS. Bolehkah saya call, tentang ISBN buku. Terima kasih."

(2) SMS yang tidak mencatatkan nama pengirim. Perkara begini sangat menyakitkan hati klien.

Sentiasa tulis nama kita pada hujung teks. Contoh: "Asalamualaikum, Tn. Farid. Fax sudah saya terima. Terima kasih. Pn. Ainon PTS.

Nama sangat penting ditulis kerana nama kita belum tentu muncul pada skrin HP klien kita.

(3) Panggilan berulang.

Ada masanya panggilan kita sengaja tidak mahu dijawab oleh klien (yang sedang sibuk dan tidak mahukan gangguan, ataupun dia sedang tidak ada mood hendak bercakap). Kemudian, kita ulang pula panggilan itu. Maka semakin hilang moodnya, bukan terhadap panggilan kita itu, tetapi terhadap diri kita sendiri.

Jika panggilan kita tidak diangkat oleh klien, tulis SMS. Jika perkara itu mustahak baginya, dia akan call kita.

Tulis begini: "Asalamualaikum Tn. Farid. Tadi saya call, hendak beritahu limosin yang kami tempah untuk tuan akan tiba 10 minit lagi. Pn. Ainon PTS."

Sebelum membuat sebarang panggilan telefon kepada klien, tulis SMS dahulu, seperti ini: "Asalamualaikum, Tn. Farid. Saya Pn. Ainon dari PTS. Boleh saya call, berkenaan tarikh penghantaran sebutharga. Terima kasih."

Membuat panggilan telefon tanpa minta izin mahu bercakap dengan menghantar SMS terlebih dahulu adalah ibarat kita pergi ke pejabat klien dan terus masuk tanpa mengetuk pintu.

Menulis Emel

Bagi orang bisnes, semua emel adalah emel bisnes. Termasuklah emel-emel sosial, seperti emel bagi mengucapkan selamat menyambut hari lahir ataupun selamat berangkat menunaikan umrah.

Emel-emel bisnes yang kita tulis berfungsi sebagai mata kail yang kita gunakan bagi memancing keluar duit-duit dari akaun bank orang-orang lain supaya dapat kita pindahkan masuk ke dalam akaun bank kita.

Justeru, objektif penghantaran emel adalah bagi memenuhkan akaun bank kita dengan duit orang-orang lain, yang telah dengan suka hati menyerahkan wang mereka kepada kita sebagai tukaran bagi produk dan perkhidmatan yang kita berikan.

Bagi menjalankan fungsi mata-kailnya, emel-emel itu perlu pertama-tamanya sedap dibaca oleh si penerima emel.

Emel yang sedap dibaca adalah emel yang memenuhi keperluan psikologis si pembaca.

Emel yang ditulis dengan mematuhi adab-adab dalam sesuatu budaya adalah emel yang berpotensi dapat memenuhi keperluan psikologis penerimanya.

Surat-surat bisnes yang kita tulis boleh menarik duit keluar dari akaun bank orang lain dan memasukkan duit itu ke dalam akaun bank kita.

Peraturan menulis surat bisnes konvensional dan surat bisnes emel adalah serupa. Apa yang betul bagi surat konvensional adalah betul bagi surat emel, dan demikian juga sebaliknya.

Surat emel yang elok dimulai dengan salam dan kemudian dituliskan sepotong doa.

Tip menulis salam:

(i) Jika surat itu ditulis untuk orang Islam, tuliskan "Asalamualaikum." Jangan hanya ditulis "Salam" sebab itu menggambarkan sikap malas dan hanya bahasa basa-basi.

(ii) Jika penerima surat itu bukan-Islam, tulis "Salam sejahtera".

(iii) Elakkan menulis salam yang trendi dan mengada-ngada seperti "Salam Merdeka" ataupun "Salam Ceria" ataupun "Salam 1 Malaysia" dan yang seperti itu.

Tip menulis doa:

(i) Jika kita tidak kenal orang itu secara peribadi, tuliskan doa umum yang ringkas, seperti: "Didoakan tuan sentiasa sihat dan diberkati Allah. Amin."

(ii) Jika orang itu orang bisnes, tuliskan doa yang temanya adalah kemakmuran bisnes, seperti: "Didoakan tuan sentiasa sihat, murah rezeki, dan perniagaan tuan berkembang pesat. Amin."

(iii) Jika orang itu seorang yang mempunyai perjuangan, tuliskan doa untuk perjuangannya, seperti: "Didoakan tuan sentiasa sihat dan perjuangan tuan diberkati Allah. Amin."

(vi) Jika orang itu bukan-Islam, tuliskan ayat harapan, seperti: "Diharapkan tuan sentiasa sihat dan perniagaan tuan berkembang maju dengan jayanya."

(vii) Jika kita kenal orang itu secara peribadi, dan kita kenal keluarganya, tuliskan doa untuk keluarganya juga, seperti: "Didoakan tuan dan seluruh anggota keluarga tuan sentiasa sihat, berbahagia, dan dirahmati Allah. Amin."

(viii) Jika orang itu amat kita kenali, umpamanya dia adalah rakan perniagaan, tuliskan doa yang lebih peribadi, seperti: "Didoakan saudara sihat, produk-produk saudara laku meletup-letup di pasaran, dan saudara mendapat pesanan lebih besar tahun hadapan. Amin."

(ix) Jika orang itu seorang yang sangat besar budinya kepada kita, maka tuliskan doa yang panjang, sebaik-baiknya doa yang dipetik dari al-Quran ataupun hadith.

Doa-doa yang kita tuliskan dengan ikhlas adalah penyejuk jiwa kepada yang menerima surat-surat emel kita itu. Dengan adanya doa-doa itu maka surat emel yang kita karang menjadi lebih halus dan santun apabila dibaca.

Memilih Rakan

Apabila kita aktif memberi tip-tip yang berguna bagi dimanfaatkan oleh rakan-rakan dalam Face Book, maka setiap hari kita akan menerima banyak permintaan menjadi rakan. Situasi begini sangat baik bagi kita yang menggunakan FB bagi mempromosi bisnes kita.

Sesetengah individu sangat memilih-milih siapa yang mereka sudi terima sebagai rakan FB kerana mereka mahukan rakan-rakan yang 'berkualiti sahaja'. Maksud 'berkualiti' di situ adalah 'mempunyai banyak persamaan dengan diri mereka sendiri'. Sebagai contoh, peminat politik BIRU suka membanyakkan rakan-rakan yang terdiri daripada penyokong politik BIRU begitu juga dengan para peminat komik, golf, muzik dan lain-lain.

Pengguna FB yang berpelajaran tinggi, profesional dan mempunyai banyak duit lazimnya amat memilih-milih siapa yang mereka mahu terima sebagai rakan. Berbisnes dengan golongan ini amat menguntungkan, oleh itu semakin banyak golongan ini menjadi rakan FB kita, maka semakin baik bagi bisnes kita.

Justeru, kita perlu berhati-hati apabila menulis entri-entri supaya tidak menyebabkan golongan berduit itu menolak permohonan kita menjadi rakan FBnya, ataupun sesudah kita diterima, lalu kemudian dipadamnya pula.

Antara faktor yang menyebabkan golongan profesional memadam nama kita daripada senarai rakan mereka adalah apabila posting kita memboringkan mereka.

Contoh posting yang menyebabkan golongan profesional boring adalah tulisan seperti "Ah! Boringnya hari ini...", "Rasa ngantuk pula...", "Nak makan apa malam nanti...", "Hujan lebat, macam mana nak ke KL...." Bagi mereka, entri seperti itu hanya menyemakkan skrin FB mereka.

Bagi orang bisnes, membanyakkan jumlah rakan FB adalah sangat penting kerana FB adalah padang terbaru di mana kita dapat mencari prospek yang berkualiti.

Prospek yang berkualiti adalah:

1. Rakan FB yang akhirnya akan menjadi pembeli berulang (repeat buyer) produk ataupun perkhidmatan kita.

Apabila mereka berminat dengan produk kita, mereka akan bertanya berapa harganya, ataupun di mana produk itu dapat dibeli.

2. Rakan FB yang sudah menggunakan produk ataupun perkhidmatan kita dan menuliskan testimonial tentang kualiti produk kita.

Mereka berperanan mencarikan prospek bagi kita dengan cara bercerita bahawa mereka sudah lama membeli produk kita, ataupun memuji kualitinya, ataupun sudah mendapat manfaat dengan menggunakannya, ataupun memberitahu rakan FB lain bahawa produk itu sangat berguna, ataupun wajib dibeli.

Mereka juga menulis bahawa mereka peminat produk-produk kita, malah mereka mendoakan supaya bisnes kita terus berkembang.

Testimonial adalah sangat efektif bagi mencetuskan minat sesama rakan FB berkenaan bisnes dan produk-produk kita.

Bahasa dan Karisma

Kejayaan dalam bidang bisnes dapat menjadikan seseorang bisnesman itu dipandang karismatik.

Karisma mempunyai peranan dalam membina kejayaan bisnes kerana bisnesman yang memiliki karisma mempunyai peluang menjalankan bisnesnya dengan lebih berjaya. Dengan karisma itu, dia dapat menjadikan bisnesnya semakin berjaya kerana karisma adalah salah satu faktor yang menyebabkan dia lebih berpengaruh.

Jika kita membuka kedai runcit ataupun bengkel membaiki motorsikal, kita tidak memerlukan karisma. Tetapi, ada jenis-jenis bisnes yang mendapat manfaat daripada karisma pemilik bisnes itu.

Contoh bidang bisnes yang mendapat manfaat daripada karisma pemiliknya adalah:

(i) Bisnes yang bergantung kepada populariti si bisnesman, sebagai contoh bisnes dalam bidang entertainment, sukan dan motivasi.

(ii) Bisnes yang pelanggannya adalah golongan profesional dan berpendidikan tinggi sekular, seperti bidang konsultansi kepakaran dan undang-undang.

(iii) Bisnes dalam bidang teknikal dan teknologi tinggi.

Namun karisma adalah sesuatu yang dapat dirosakkan dari sudut pandang orang yang menilainya.

Banyak faktor dapat merosakkan karisma seseorang, seperti skandal, jatuh miskin, hilang populariti dan banyak lagi.

Salah satu faktor yang boleh mencacatkan (bukan merosakkan) karisma seseorang adalah 'habit mulut' semasa bercakap.

Habit mulut adalah kata-kata, ataupun bunyi-bunyi bukan-bahasa (seperti "aa... aa..."), yang terkeluar dari mulut secara refleks.

Ada orang yang diberi nama-nama jolokan oleh orang-orang di sekeliling mereka berdasarkan habit mulut mereka.

Jika seseorang itu selalu menyebut "OK... OK..." apabila bercakap, maka dia diberi jolokan "MR. OK".

Jika seseorang itu suka menyebut "so... so..." semasa bercakap, maka dia mungkin diberi nama jolokan "MR. SO-SO".

Jika seseorang itu suka menyebut "Right?... Right?" maka dia mungkin diberi jolokan "MR. RIGHT".

Nama-nama jolokan, seperti "Mr. Ok". "Mr. So-so", ataupun "Mr. Right", tetap mencacatkan karisma.

Patutlah Nabi Muhammad tidak membenarkan kita memberi nama jolokan yang tidak cantik maknanya kepada orang lain.

Jangan Menggurui

Bagi kita orang bisnes, FaceBook adalah tempat kita menjalin persahabatan-persahabatan baru, mudah-mudahan pada suatu hari nanti mereka akan menjadi pelanggan ataupun klien kita.

Salah satu perkara yang menyebabkan rakan FB kita mendapat kesan positif tentang diri kita adalah ayat-ayat yang kita gunakan apabila menulis posting dalam FB.

Ayat-ayat yang mencipta kesan positif adalah ayat-ayat yang informatif, yakni ayat-ayat yang menyampaikan maklumat. Ayat informatif mencerminkan kredibiliti kita.

Kredibiliti adalah sejuah mana kita mempunyai ilmu pengetahuan dalam topik yang kita tuliskan.

Pada asasnya ayat-ayat informatif memberi maklumat: "Apa, Siapa, Di mana, Bila dan Bagaimana."

Elakkan menulis ayat-ayat yang bunyinya seperti kita mahu menasihati, menyeru-nyeru, mengkritik, meleteri, memarahi ataupun membodoh-bodohkan rakan FB kita. Ayat-ayat seperti itu menyebabkan mereka berasa kita "menggurui" mereka.

Contoh ayat-ayat menggurui:

(i) Tahukah anda bahawa berjihad itu hukumnya wajib manakala melakukan umrah itu sunat sahaja? Tetapi banyak orang setiap tahun membelanjakan wang yang banyak pergi umrah, sebaliknya mereka berat tangan dan tidak mahu mengeluarkan wang bagi membantu mereka yang berjihad.

(ii) Berapa orang antara umat Islam yang tahu bahawa bekerja di bank konvensional bermakna kita makan gaji daripada hasil riba? Mereka bangga menjadi pegawai bank padahal kita memakan wang riba, sedangkan memakan riba adalah dosa yang berat.

(iii) Kerja adalah ibadat, tetapi banyak orang tidak ikhlas semasa menjalankan kerjanya. Mereka juga tidak menjalankan kerja sebagai amanah.

(iv) Sedarkah kita bahawa nasib manusia bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Allah, oleh itu jangan bergantung kepada manusia, sebaliknya kita wajib bergantung kepada Allah. Tetapi kebanyakan manusia tidak sedar.

Apabila kita menulis ayat-ayat menggurui seperti itu kita meletakkan diri kita lebih tinggi, lebih pandai dan lebih bijaksana daripada rakan-rakan FB kita.

Rakan-rakan FB kita yang berpelajaran mahukan informasi. Justeru, berikan infomasi. Sebagai orang-orang yang berpelajaran, mereka tidak mahu digurui oleh sesiapa.

Berbual

Pakar-pakar pemasaran menggunakan Face Book memberitahu bahawa perkara paling utama yang mesti dilakukan apabila kita mahu menjalankan marketing dalam FB adalah "menyampaikan content", yakni informasi yang berguna kepada pembaca FB.

Content yang baik adalah informasi baru, iaitu perkara-perkara yang belum diketahui oleh rakan-rakan FB.

Informasi baru memainkan peranan penting dalam internet marketing kerana:

(i) Ia menaikkan nilai sosial diri kita.

Nilai sosial diri kita paling rendah apabila nama kita dipadam oleh rakan FB. Nilai kita paling tinggi apabila rakan FB menulis dan mengucapkan terima kasih atas posting kita.

(ii) Ia menaikkan kredibiliti diri kita.

Kredibiliti adalah sejauh mana orang percaya kita mempunyai kepakaran dalam perkara yang kita tuliskan. Kredibiliti sangat kritikal peranannya apabila kita hendak berbisnes dengan pelanggan yang berpelajaran tinggi. Mereka hanya mahu berurusan dengan individu yang kredibel.

Content yang perlu kita tuliskan itu pula bukan informasi berkenaan produk yang kita tawarkan, tetapi maklumat-maklumat yang mempunyai kaitan secara tidak langsung sahaja dengan produk kita itu.

Sebagai contoh, jika kita mahu menjual kasut, jangan bercerita tentang perbezaan harga kasut yang mahu kita jual dengan harga kasut yang serupa jika dibeli di kedai. Sebaliknya tulislah tentang sejarah kasut, ataupun museum kasut, ataupun kisah kasut Rasulullah, dan maklumat-maklumat sampingan lain tentang kasut.

Perkara utama kedua yang mesti kita lakukan adalah mencipta "perbualan bermakna" dengan rakan-rakan FB.

Kemahiran mencipta perbualan-bermakna adalah kombinasi seni dan sains. Seni yang terlibat adalah seni memilih kata-kata yang positif dan manis. Sains yang digunakan adalah sains psikologi.

Kita dapat mengukur sejauh mana posting yang kita tulis itu telah mencipta perbualan bermakna dengan mengira berapa komen yang ditulis oleh rakan-rakan FB pada posting kita.


Komunikasi Dan Pengurusan

Perkataan mengurus terbit daripada perkataan urus yang bermakna ‘mengendalikan.’ Istilah urus menerbitkan istilah pengurus yang bermakna ‘individu yang mengendalikan,’ manakala istilah pengurusan bermakna ‘tindakan mengendalikan’ oleh sebab itu pengurus bermaksud sesiapa sahaja yang mendorong individu lain melakukan sesuatu bagi mencapai sesuatu tujuan.

Setiap pengurus menyampaikan pelbagai maklumat kepada individu-individu lain di dalam organisasinya disebabkan dia mempunyai sesuatu tujuan. Dalam proses pengendalian sesuatu organisasi, pada setiap saat terdapat ramai individu melakukan sesuatu kepada individu-individu lain demi mencapai tujuan-tujuannya. Ini bermakna di dalam sesebuah organisasi terdapat ramai individu yang sememangnya menjadi pengurus dan terlibat dalam aktiviti pengurusan, sebagai contoh apabila seseorang kerani kanan mengarahkan pembantunya mencari fail, perbuatan si kerani itu adalah perbuatan pengurusan organisasi, maka oleh hal yang demikian dalam perkara itu dia berfungsi sebagai seorang pengurus walaupun nama rasmi jawatannya adalah ‘kerani kanan’ bukan ‘pengurus’.

Demikian pula halnya apabila seseorang doktor mengarahkan seseorang jururawat melakukan sesuatu, itu bermakna si doktor juga melakukan fungsi pengurusan meskipun nama jawatannya bukan ‘pengurus’. Sebagai pengurus,

Ditinjau dari sudut ini, seseorang pengurus itu berfungsi sebagai pusat komunikasi, oleh sebab itu dalam menjalankan kerja-kerjanya, pada setiap masa dia amat bergantung kepada kemahirannya berkomunikasi dengan cara-cara yang berkesan.

Apabila seseorang itu menjalankan kuasa yang dimilikinya ke atas individu lain maka dia dikatakan sudah terlibat dalam aktiviti ‘pengurusan’ sebagai contoh apabila seorang suri rumah memberi arahan kepada pembantu rumahnya supaya mengemaskan tempat pinggan mangkuk, maka si suri rumah itu sudah melakukan fungsi-fungsi pengurusan rumahnya.

Begitu juga halnya apabila seorang kerani kanan di jabatan akaun mengarahkan kerani akaun supaya menyediakan invois-invois dia juga melakukan fungsi-fungsi pengurusan di dalam jabatan itu.

Dalam konteks tempat kerja masing-masing, baik si suri rumah mahupun si kerani kanan itu, kedua-duanya mempunyai kuasa dalam hal-hal pengurusan. Kuasa itulah yang dibina dan digunakan oleh individu-individu itu untuk berkomunikasi dengan individu-individu lain.

Individu-individu yang berada di bawah kuasa mereka perlu menghantar maklumat ke ‘atas’ kepada mereka manakala sebagai pengurus mereka perlu menghantar ‘keputusan-keputusan’ ke ‘bawah.’

Bidang di dalam pengurusan sangat luas. Sebagai pengurus seseorang itu bukan sahaja perlu mengkomunikasikan mesej kepada semua individu di bawah kuasanya tetapi dia juga mengendalikan banyak isu pengurusan.

Secara ringkas seseorang pengurus itu menguruskan: 1. Individu-individu di bawah kuasanya dan mereka yang berada di sekelilingnya.

Membuat kerja-kerja pentadbiran pejabat.

3. Menguruskan hal-ehwal kewangan.

4. Menguruskan hal-ehwal yang berkaitan dengan produk organisasinya. Disebabkan seseorang pengurus itu menjalankan begitu banyak fungsi dan tugas maka itulah dia semestinya mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan. Semakin tinggi kedudukan seseorang itu di dalam tatatingkat pengurusan sesebuah organisasi, semakin tinggilah keperluannya untuk menguasai pelbagai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.


Mengapa Kemahiran Berkomunikasi Penting Naik Pangkat

Sesetengah pekerjaan lebih baik dilakukan dengan banyak diam, yakni tidak bercakap-cakap, umpamanya kerja membelah kayu api, menyusun bata, mengecat, menguli tepung roti, dan lain-lain pekerjaan yang sangat rendah status dan gajinya. Oleh itu kemahiran berkomunikkasi tidak diperlukan bagi melaksanakan kerja-kerja seperti itu.

Bagi semua jawatan yang lebih tinggi status dan gajinya, orang yang memegang jawatan itu hanya dapat menjalankan kerja-kerjanya dengan bantuan orang-orang lain, yakni dia tidak dapat melakukannya bersendirian. Dia terpaksa mengarahkan orang lain membuat kerja-kerjanya.

Pangkatnya yang lebih tinggi juga menyebabkan orang-orang lain tidak dapat hendak menjalankan kerja-kerja mereka dengan tidak mendapatkan kelulusannya terlebih dahulu.

Di dalam proses saling bergantungan dan saling memerlukan itu seseorang individu ada waktunya perlu menyuarakan persetujuan ataupun bantahannya kepada individu lain, ataupun ada kalanya dia perlu memujuk dan mendorong individu lain serta perkara-perkara lain seperti itu. Semua tujuan itu dapat dilaksanakan dan dihasilkan melalui proses komunikasi.

Fungsi-fungsi seperti di atas itu adalah penting bagi semua individu, malah ia bertambah penting lagi apabila seseorang individu itu menjadi ketua ataupun pengurus di dalam sebuah organisasi, baik organisasi itu berupa sebuah syarikat, pejabat kerajaan ataupun persatuan. Sebagai seorang ketua ataupun pengurus dia menguruskan berbagai-bagai hal organisasi itu, di mana semuanya diuruskan dengan cara berkomunikasi dengan individu-individu lain, baik mereka yang bertugas di dalam organisasi yang sama mahupun mereka yang berada di luar organisasi itu.

Dalam proses berkomunikasi seseorang itu perlulah menggunakan teknik-teknik komunikasi yang berkesan bagi tujuan mencapai matlamat organisasinya, sebagai contoh apabila organisasi itu perlu mendapatkan kerjasama daripada semua petugas melaksanakan perubahan dalam cara kerja mereka, maka teknik komunikasi si pengurus hendak menghasilkan matlamat itu dan bukan yang sebaliknya, di mana cara si pengurus berkomunikasi itu mungkin mengakibatkan para perkerja tidak menyokong cara kerja baru itu malah mereka mungkin menentangnya. Bagi mencapai matlamat komunikasi berkesan di tempat kerja ia melibatkan tiga perkara penting iaitu: mengurus, komunikasi dan alat komunikasi.


Komunikasi

Komunikasi bermaksud memindahkan atau menyampaikan mesej daripada satu pihak kepada pihak lain. Mesej ialah maklumat yang boleh disampaikan sama ada dengan menggunakan pertuturan, perbuatan, tulisan ataupun lukisan dan gambar.
Dalam proses memindahkan maklumat, terdapat dua pihak yang terlibat, iaitu pihak penghantar mesej itu dan pihak penerima itu. Apabila si penghantar bercakap dan si penerima memahami mesej yang dipindahkan maka dikatakan komunikasi sudah berlaku. Sekiranya si penghantar sudah bercakap ataupun sudah menulis surat pemberitahuan, tetapi si penerima tidak memahami mesej yang cuba disampaikan maka komunikasi itu dikatakan gagal.
Komunikasi menjadi berkesan apabila dua perkara ini berlaku. Pertama, di satu pihak si penghantar sudah bercakap ataupun menulis surat, manakala di satu pihak lagi si penerima sudah memahami mesej yang dicakapkan. Kedua, selepas memahami mesej yang dihantar si penerima melakukan apa yang diarahkan oleh si penghantar. Sekiranya si penerima menerima mesej yang dikomunikasikan tetapi dia tidak melakukan sebagaimana yang dikehendaki maka komunikasi itu gagal.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan sesuatu komunikasi itu berkesan ataupun tidak berkesan. Sebagai pengurus seseorang itu perlu memiliki kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. Dia perlu memastikan supaya komunikasinya difahami dan arahan-arahannya dilaksanakan, dan ini bermakna dia semestinya belajar menggunakan teknik-teknik komunikasi yang terbukti berkesan.


Jaringan Komunikasi



Di dalam mana-mana organisasi terdapat dua jaringan komunikasi. Jaringan yang pertama ialah jaringan rasmi manakala jaringan kedua adalah jaringan tidak rasmi. Semua maklumat rasmi disampaikan melalui tata-tingkat saluran yang terdapat di dalam organisasi itu.

Saluran-saluran komunikasi yang rasmi wujud dalam pelbagai bentuk seperti laporan, kertas kerja, surat, memo, pekeliling, buletin, taklimat dan mesyuarat.

Sebagai contoh, apabila seseorang pengurus pemasaran hendak mencadangkan supaya elaun perbatuan para jurujual dinaikkan maka dia perlu menyampaikan cadangannya itu dengan menggunakan saluran rasmi, umpamanya dia perlu menyediakan sebuah kertas kerja untuk dibincangan dalam mesyuarat pengurusan syarikatnya.

Dalam contoh lain, apabila seseorang pengurus hendak membuat memendekkan masa rehat minum teh pagi, dia perlu mengeluarkan surat pemberitahuan kepada semua kakitangan akan hal itu.

Begitu pula, dalam pentadbiran sesebuah persatuan, apabila seorang ahli biasa hendak menyampaikan cadangan supaya persatuannya membuat lawatan sambil belajar ke luar negara, dia perlu mengemukakan cadangannya itu kepada salah seorang anggota jawatankuasa persatuannya supaya dikemukakan di dalam mesyuarat jawatankuasa, ataupun dia boleh juga mengemukakannya sendiri di dalam mesyuarat agung persatuan itu.

Banyak maklumat berkenaan perjalanan organisasi dan berkenaan individu-individu yang bertugas dalam organisasi itu disebarkan melalui jaringan komunikasi tidak rasmi. Saluran-saluran komunikasi tidak rasmi wujud dalam bentuk-bentuk seperti gosip, perbualan, gurauan, komen dan cerita-cerita yang dikongsi di antara kakitangan sesebuah organisasi.
Komunikasi yang berkesan menggunakan kedua-dua saluran ini sekaligus. Maksudnya, apabila hendak mengkomunikasikan maklumat, maka seseorang pengurus boleh menggunakan kedua-dua saluran rasmi dan tidak rasmi.

Sebagai contoh, maklumat boleh disebarkan dahulu melalui perbualan dan kemudian diikuti dengan surat. Perbualan itu saluran tidak rasmi dan surat itu ialah saluran rasmi. Kedua-duanya saluran ini dapat melicinkan penyampaian maklumat. Ini bermakna seorang pengurus boleh menggunakan saluran tidak rasmi dan juga saluran rasmi apabila mahu mengkomunikasikan sesuatu maklumat supaya ia lebih berkesan.


Teknik Komunikasi

Dalam konteks tempat kerja terdapat beberapa teknik yang digunakan untuk mengkomunikasikan mesej. Di antara teknik-teknik itu, ada yang didapati memang amat berkesan dan ada yang kurang berkesan. Seseorang itu dapat berkomunikasi dengan menggunakan satu ataupun lebih teknik-teknik itu secara serentak:

a. Dengan menggunakan tulisan seperti surat bertaip, surat e-mel, memo, notis, laporan kemajuan kerja, kertas kerja, buletin, laporan tahunan, siaran akhbar.

b. Dengan bercakap seperti berbual-bual, berucap, memberi arahan, taklimat, berbincang, bermesyuarat, membentang-kan kertas kerja, mengadakan sidang akhbar, berforum dan lain-lain.

c. Dengan menggunakan ilustrasi seperti gambar, gambara rajah, graf dan lain-lain.

Menggunakan statistik.

Bagi setiap teknik komunikasi terdapat dua gaya bahasa yang digunakan, iaitu gaya penghantar dan gaya penerima.

Walau apa sekalipun gaya yang digunakan, prinsip utama yang menjadi panduan adalah mudah sahaja. Prinsip itu ialah bahasa yang kita gunakan semestinya dapat mengkomunikasikan mesej dengan mudah dan jelas supaya dapat difahami oleh penerima. Oleh sebab itu, sebelum seseorang itu mula berkomunikasi, jawab empat soalan berikut.

1. Apa perlunya maklumat itu dihantar?
2. Siapa yang memerlukan maklumat itu?
3. Apa tujuan maklumat itu hendak dihantarkan kepadanya?
4. Apa maklumat yang perlu diketahuinya?


Fikirlah Dahulu

Dengan menggunakan teknik-teknik yang diterangkan di dalam buku ini, para pengurus dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan. Sebagai pedoman, sebelum bercakap ataupun menulis fikirkan dahulu perkara-perkara di bawah:

1. Adakah perkara itu perlu dikomunikasikan?
2. Kepada siapa mesej itu perlu dihantar?
3. Apakah objektif yang hendak dicapai dalam mesej itu?
4. Apakah isi-isi yang perlu ada di dalam mesej?

Mempelajari teknik-teknik berkomunikasi yang betul amat membantu seseorang itu menjadi pengurus yang berkesan.

Kemahiran Mendengar
Kepimpinan pengurus yang sabar mendengar lebih produktif daripada pengurus yang pandai menulis dan berucap.


Salah satu tugas yang mesti dijalankan oleh para pengurus ialah
menjadi tempat orang mengadu dan tempat orang mendapatkan nasihat. Ada kalanya para pengurus juga menjadi tempat orang bawahan mencurahkan isi hati yang terbuku. Di dalam keadaan seperti itu para pengurus sebenarnya memainkan peranan sebagai kaunselor. Dalam aktiviti kaunseling, kemahiran mendengar memainkan peranan yang sangat penting. Kajian menunjukkan orang-orang yang tidak pandai mendengar kurang berjaya di dalam lapangan pekerjaan dan mereka juga mengalami perkahwinan yang kurang memuaskan.
Dalam pengurusan, tidak ada individu yang dapat menjalankan tugas-tugasnya secara bersendirian. Mengurus merupakan aktiviti-aktiviti berkenaan manusia. Ia adalah aktiviti yang menghubungkan manusia dengan manusia lain. Perhubungan ini sangat penting. Mengurus bukan hanya memberi perintah dan arahan. Ia memerlukan maklumat dan kepintaran. Sumber kepintaran pengurusan yang penting ialah pendengaran.
Komunikasi lisan yang berkesan bergantung kepada kebolehan bercakap dan mendengar. Mendengar ialah satu kemahiran yang penting bagi para pengurus. Mendengar ialah aktiviti pasif dalam bercakap. Kebolehan mendengar sering dianggap mudah sahaja. Kemahiran mendengar dengan berkesan hendaklah dipelajari. Kajian mendapati para pengurus menggunakan 40% daripada masa tugas mereka untuk mendengar, dan melupakan 50% daripada apa yang didengar dalam masa lapan jam.
Fungsi utama mendengar ialah untuk belajar, mempengaruhi orang, menjalin hubungan, untuk berseronok dan menolong orang lain. Ramai orang lebih pandai bercakap dan berucap daripada pandai mendengar. Kajian-kajian yang pernah dibuat menunjukkan tidak ada perkaitan antara kemahiran bercakap dengan kemahiran mendengar. Maksudnya, semakin seseorang itu pandai bercakap tidak semestinya dia semakin pandai mendengar. Malah kajian juga mendapati ramai orang yang pandai bercakap sebenarnya tidak pandai mendengar.
Apabila orang sedang bercakap, jangan sibuk mencelah. Orang yang bersikap terbuka ialah orang yang sanggup mendengarkan sahaja orang lain bercakap. Apabila seseorang itu suka diam dan mendengar sahaja orang itu bercakap, orang yang bercakap itu berasa dirinya difahami oleh itu dia berasa rapat dengan si pendengar. Barulah dia berasa si pendengar itu adalah ‘sahabat’ kepadanya. Dalam keadaan begitu, hubungan positif dapat tumbuh dan berkembang, dan rasa saling hormat-menghormati bertambah dalam.
Perbuatan mendengar adalah suatu pengiktirafan bagi orang yang didengari, oleh itu elakkan perbuatan mendengar dengan rasa ragu dan sangsi kepada kata-katanya. Apabila sedang mendengar, buktikan kepadanya bahawa anda yakin kepada kebenaran kata-katanya dan peribadinya. Berikan kepadanya perhatian yang tidak berbelah bahagi, dengan begitu anda memberitahu kepadanya bahawa dia adalah orang yang paling penting kepada anda ketika itu. Biarkan dia habis bercakap sebelum anda pula bercakap. Jangan sambung ayatnya seolah-olah anda tahu apa yang hendak dikatakan olehnya. Jangan menyampuk dia dengan berkata apa yang melintas di kepala anda. Apabila dia mahu bercakap tentang masalah-masalahnya, jangan beri sebarang pendapat ataupun nasihat kepadanya melainkan diminta. Lazimnya seseorang itu bercakap bukan kerana dia perlukan nasihat ataupun fikiran orang lain, sebaliknya dia cuma perlukan sepasang telinga yang pandai mendengar. Seseorang itu bercakap disebabkan dia mahu berkongsi dengan orang lain perkara-perkara yang ada dalam dada dan fikirannya, oleh itu dengarlah sahaja dengan tekun kerana itulah bukti dirinya anda hargai. Dengarkan kata-katanya dengan sikap terbuka dengan cara itu dia tahu dirinya dihormati. Sikap terbuka menerbitkan rasa saling percaya-mempercayai. Dalam keadaan begitu hatinya menjadi yakin bahawa dia sedang bercakap dengan orang yang pandai memberi dukungan emosi dan psikologi kepadanya. Itulah yang tujuan mendengar.
Mendengar lebih penting daripada membaca laporan. Untuk mendengar dengan berkesan, seseorang bukan perlu mendengar sahaja, tetapi mendengar dengan memberi tumpuan kepada apa yang didengar. Seseorang yang mahir mendengar dapat menjadi pengurus yang lebih baik. Ciri-ciri komunikasi mendengar yang mempengaruhi pendengaran ialah:

1. Kata-kata yang diucapkan bersifat sementara
Melainkan apabila dirakamkan, ucapan tidak dapat didengar semula. Ia mesti difahami dan diserap dengan serta merta, kalau tidak ia tidak difahami. Disebabkan ciri ini, seseorang yang berucap hendaklah bercakap dengan ringkas dan jelas.

2. Masalah pentafsiran
Tidak ada sesiapa yang dapat menjamin supaya apa yang diucapkan adalah apa yang didengar oleh audiens. Atau, apa yang didengar adalah apa yang dimaksudkan oleh penutur. Mesej yang dihantar seringkali disalah-tafsir oleh yang mendengar. Salah seorang pengarang buku ini pernah menelefon seorang rakan di Singapura supaya meminjam buku “Intelligence and Giftedness” dari Perpustakaan Universiti Nasional negara itu. Dua hari selepas itu rakan pengarang menelefon balik mengatakan buku “Intelligent and Gifted Nurse,” tidak ada di perpustakaan.

3. Masalah kepantasan
Minda manusia dapat bekerja lebih laju daripada kadar orang bercakap, oleh sebab itu, sekiranya kemampuan ini tidak digunakan sepenuhnya, fikiran para pendengar akan merewang. Kalau seseorang itu bercakap terlalu perlahan, ia mendorong otak audiens merayau-rayau, suatu keadaan yang dapat memburukkan lagi masalah mendengar.

4. Halangan fizikal
Faktor-faktor fizikal seperti kelesuan, rasa tak selesa ataupun terlalu selesa, ataupun bilik yang udaranya tak beredar menghalang pendengaran. Pendengar yang letih lesu, ataupun pendengar yang duduk terkial-kial di atas kerusi yang tidak selesa, tidak dapat mendengar dengan baik. Kerusi yang terlalu empuk dan bilik yang tertutup boleh menyebabkan pendengar berasa mengantuk.

5. Halangan mental
Sikap tidak ambil peduli, prasangka, boleh menyebabkan pendengar memisahkan diri daripada apa yang didengarnya. Halangan-halangan mental boleh menyebabkan pendengar awal-awal lagi sudah membuat keputusan sendiri mengenai perkara yang didengarnya. Prasangka boleh mendorong seseorang membuat respons tanpa mahu mendengar dengan teliti terlebih dahulu.


Fungsi Mendengar

Kajian-kajian menunjukkan setiap hari seseorang yang hidup dalam dunia moden menghabiskan antara 45% hingga 53% masa komunikasinya dengan mendengar. Seseorang itu mendengar radio, televisyen, dan manusia-manusia lain bercakap. Fungsi utama mendengar ialah untuk belajar, untuk mempengaruhi orang, menjalin hubungan, berseronok, dan menolong orang lain.

1. Belajar
Seseorang itu mendengar untuk memahami hati dan fikiran individu-individu lain, memahami diri sendiri, memahami alam dan untuk belajar daripada orang-orang lain yang mengetahui perkara-perkara yang tidak diketahuinya ataupun perkara-perkara yang tidak pernah dialaminya lagi. Dengan mendengar seseorang dapat menghindari masalah sebelum ia terjadi kerana sudah mendengar perkara itu daripada orang-orang lain berkenaan perkara itu. Sebagai contoh, dengan mendengar kata-kata seorang doktor, seseorang dapat mengelakkan punca-punca penyakit. Dengan mendengar seseorang juga dapat membuat pilihan dan keputusan yang lebih baik, sebagai contoh dengan mendengar ceramah daripada pakar-pakar, seseorang boleh mendapat maklumat yang menolongnya membuat pilihan dan keputusan yang lebih baik berdasarkan maklumat yang diperolehinya itu.

2. Menjalin hubungan
Dengan mendengar seseorang itu dapat menjalin dan mengekalkan hubungan persahabatan, percintaan dan perkahwinan yang lebih memuaskan. Hubungan-hubungan itu terjalin disebabkan individu-individu lain suka menerima si pendengar dan si pendengar dapat menjadi anggota masyarakat yang popular disebabkan mereka menyukai dan kasih kepada orang-orang yang pandai mendengar mereka bercakap. Apabila seseorang itu pandai mendengar dia memberi gambaran bahawa dia berminat dan prihatin kepada individu-individu lain dan hal itu menyebabkan mereka menghargai hubungannya dengan mereka.

3. Mempengaruhi orang
Seseorang yang pandai mendengar dapat mempengaruhi sikap dan tingkah laku orang-orang yang didengari cakapnya. Ini disebabkan individu-individu yang didengari akan menghormati dan mudah menerima pandangan si pendengar, sebagai contoh kajian menunjukkan orang-orang bawahan lebih terbuka mendengar pendapat ketua yang mereka anggap mahu mendengar dengan teliti dan prihatin apa-apa yang diucapkan oleh orang-orang bawahannya.

4. Berseronok
Ada kalanya seseorang itu mendengar cerita-cerita, lawak jenaka, gurau senda dan perbualan kosong daripada rakan-rakan kerana hendak berseronok. Si pendengar hendak menikmati kehadiran mereka serta aktiviti perbualan itu. Ini dilakukan dengan cara mendengar apa yang mereka ceritakan tanpa sikap kritikal atau menilai apa yang didengar.
5. Menolong
Ada kalanya, dengan mendengar seseorang itu dapat menolong individu-individu lain kerana dia dapat merasakan apa yang mereka rasakan dan dapat berfikir dengan menggunakan sudut pandangan mereka.


Langkah Mendengar

Aktiviti mendengar terdiri daripada lima langkah iaitu menerima, memahami, mengingat, menilai dan memberi respons.

1. Menerima
Dalam aktiviti ini seseorang itu menerima mesej yang diucapkan dan dia juga memahami mesej yang diungkapkan melalui bahasa nonverbal, atau bahasa badan. Untuk menerima apa yang didengar dengan lebih baik lagi, lakukan perkara-perkara berikut:
a. Beri tumpuan kepada kata-kata orang itu dan juga kepada gerak-geri bahasa badannya.
b. Dengar apa yang dikatakannya, dan juga dengar apa yang tidak dikatakannya.
c. Tumpukan perhatian kepada orang itu. Jangan sibuk memikirkan apa yang hendak dikatakan.
d. Jangan suka mencelah.
e. Jangan peduli pada gangguan-gangguan yang ada ataupun yang berlaku semasa sedang mendengar.

2. Memahami
Dalam langkah ini cuba fahami apa yang dimaksudkan oleh orang itru, termasuk apa yang difikirkannya. Supaya lebih faham, lakukan perkara-perkara berikut:
a. Kaitkan apa yang dikatakannya dengan apa yang sudah diketahui.
b. Fahami apa kata orang itu dari sudut pandangannya, bukan dari sudut pandangan sendiri.
c. Tunggu sampai dia habis bercakap, baru buat penilaian.
d. Minta lebih banyak penerangan ataupun maklumat.
e. Ulang apa kata orang itu, tetapi dengan menggunakan kata-kata sendiri.

3. Mengingat
Untuk berkomunikasi secara efektif seseorang itu perlu mengingati apa yang sudah didengar. Ada kalanya dia boleh membuat catatan, tetapi dalam perbualan hari-hari seseorang itu tidak membuat catatan. Lakukan perkara-perkara berikut:
a. Kenal pasti perkara-perkara penting yang diucapkannya.
b. Ringkaskan apa yang diucapkannya.
c. Ulang nama-nama dan perkara-perkara yang penting pada diri sendiri.

4. Menilai
Dalam proses mendengar, secara kita tidak disedari seseorang itu sebenarnya melakukan banyak penilaian. Sebagai contoh, apabila ada orang memberitahu dia akan melancong ke Jakarta, si pendengar akan menilai apa agaknya niat orang itu memberitahunya perkara tersebut. Apabila ada orang mengemukakan cadangan projek perniagaan, si pendengar mungkin menilai kata-kata orang itu secara kritikal. Adakah perniagaannya itu praktikal? Adakah ia akan menguntungkan? Siapa yang mahu membelinya? Apabila menilai, lakukan perkara-perkara berikut:
a. Jangan menilai sebelum orang itu habis bercakap.
b. Andaikan orang itu berniat baik.
c. Apabila tidak setuju dengan orang itu, minta penjelasan lebih lanjut.
d. Kenal pasti sama ada apa yang diucapkan oleh orang itu adalah fakta, pendapat peribadinya, ataupun andaiannya sahaja.
e. Cuba kenal pasti kalau-kalay ada prasangka, kepentingan diri ataupun sikap berat sebelah, yang boleh menyebabkan orang itu berkata begitu.

5. Memberi respons
Respons ialah maklumat yang diberikan kepada orang yang bercakap semasa dan selepas seseorang itu mendengar dia bercakap. Respons yang dibuat semasa orang itu masih bercakap semestinya bersikap mendukung, iaitu respons yang menunjukkan seseorang itu betul-betul mendengar apa yang dikatakannya. Respons yang dibuat selepas mendnegar orang itu habis bercakap biasanya lebih panjang. Si pendengar boleh menyatakan empatinya seperti dengan berkata, “Saya faham apa yang awak sedang rasakan.” Seseorang itu boleh meminta penjelasan dengan berkata, “Adakah cara kedua lebih baik daripada cara pertama?” Seseorang juga boleh mencabar apa yang didengar dengan berkata, “Bukti yang awak kemukakan tidak cukup kuat.” Seseorang juga boleh bersetuju denegan berkata, “Cadangan ini sungguh praktikal. Saya setuju.” Apabila memberi respons, lakukan perkara-perkara berikut:
a. Tunjukkan sikap dukungan kepada orang itu dengan menggunakan kata-kata seperti, “hm...., hm....,” ataupun dengan menggunakan gerak-geri seperti mengangguk-anggukkan kepala.
b. Bersikap jujur, sama ada bersetuju ataupun tidak bersetuju dengan apa yang didengarnya.
c. Gunakan ayat-ayat “saya.”
“Saya rasa cara kedua lebih mahal daripada cara pertama.”
“Saya fikir kita perlukan cara-cara lain yang lebih murah.”

Perbincangan berkenaan teknik mendengar dapat juga dibahagikan kepada tiga tajuk: Perhatian, Pemahaman dan Penyerapan.

Pemahaman
Apabila berucap, apa yang lebih penting ialah apa yang didengar dan difahami oleh audiens, bukanlah sangat apa yang diucapkan. Mesej yang diterima adalah lebih penting daripada mesej yang dihantar. Seringkali berlaku di mana audiens salah faham apa yang mereka dengar.
Seseorang itu semestinya mempunyai fikiran terbuka apabila mendengar. Dia mesti bersedia mendengar dan berfikir tanpa mempunyai sebarang prasangka. Fikiran terbuka bukan bermakna minda kosong.
Apabila seseorang itu membuat kajian dan berfikir terlebih dahulu sebelum mendengar sesuatu syarahan ataupun ucapan maka tingkat kefahamannya akan lebih tinggi. Kesanggupan membuat kajian awal adalah bukti sikap mahu menerima idea-idea yang akan didengar daripada orang yang berucap ataupun bersyarah. Dapatkan sedikit sebanyak maklumat berkenaan topik yang akan disampaikan oleh pensyarah. Maklumat itu amat membantu proses memahami isi syarahan. Proses mendengar menjadi lebih mudah. Syarahan yang mudah difahami lebih mudah diingati.
Tingkat kefahaman dapat ditinggikan dengan cara membuat ringkasan isi-isi penting, dan dengan memikirkan implikasi-implikasinya. Perhatikan cara dia bercakap di samping mendengar apa yang dikatakannya. Tekanan suaranya, tekanan pada frasa tertentu, dapat menyatakan maksud sebenar pensyarah. Bahagian-bahagian yang diucapkan dengan lebih perlahan menunjukkan mesej itu lebih penting.
Untuk mendengar secara berkesan, pertama-tama jangan menyimpan sebarang prasangka terhadap pensyarah. Jangan membuat sebarang tanggapan negatif mahupun positif kepada faktor-faktor luaran seperti jenis dan fesyen pakaiannya, roman wajahnya, potongan rambutnya ataupun persembahan dirinya. Cara si pensyarah bercakap pun mungkin tidak menarik, tetapi pasang telinga kepada isi yang disampaikan. Apabila tidak bersetuju dengan apa yang dikatakannya, cari alasan kenapa si pensyarah seharusnya berfikir dari sudut yang berlainan. Ada kemungkinan fikirannya betul manakala fikiran si pendengar yang salah. Ini tidak pula bermakna seseorang itu menerima apa sahaja yang didengarnya daripada mulut pensyarah.
Satu lagi teknik untuk meningkatkan kefahaman ialah membuat catatan nota. Dengan menuliskan apa yang didengar, seseorang itu dapat membuat kesimpulan-kesimpulannya sendiri. Cara ini membantu pemikiran dan memudahkan pemahaman. Apabila seseorang itu berfikiran terbuka dia dapat memahami perkara-perkara positif dan negatif yang disampaikan oleh pensyarah. Apabila ini dapat dilakukan, seseorang itu sudah mendengar dengan berkesan.

Perhatian
Apabila seseorang itu mendengar dengan berkesan, itu tidaklah bermakna dia duduk sahaja dan menantikan ucapan itu sampai ke telinganya. Ada beberapa perkara yang dapat dilakukan untuk dapat mendengar dengan berkesan. Salah satu daripada perkara itu ialah meningkatkan tumpuan perhatian kepada apa yang didengar.
Untuk meningkatkan perhatian kepada pensyarah ataupun penceramah, pilih tempat duduk dari mana seseorang itu dapat melihat orang yang bercakap. Apabila di situ terdapat orang-orang yang bercakap kuat, pindahlah dan duduk di tempat lain, di mana orang tidak bercakap-cakap. Bunyi orang bercakap-cakap mengganggu perhatian dan tumpuan. Sekiranya ada orang menagntuk ataupun tertidur di di situ, pindahlah juga ke tempat lain. Orang malas dan suka tidur boleh mempengaruhi orang lain. Penyakit mengantuk dan tidur dalam majlis boleh berjangkit. Samalah juga dengan orang yang kelihatan bertenaga, ia dapat mempengaruhi orang lain.
Pandang pada penceramah itu pada setiap masa. Wajah dan gerak-gerinya dapat meningkatkan lagi kefahaman. Dengan memandang kepadanya seseorang itu dapat mendengar dengan lebih berkesan.
Orang yang bercakap dapat mengucapkan antara 130-150 perkataan satu minit. Seorang pembaca yang tidak terlatih dapat membaca 200 perkataan satu minit, manakala pembaca terlatih dapat membaca 350 perkataan seminit. Pembaca yang betul-betul mahir dan terlatih dapat membaca sehingga 500 perkataan seminit.
Minda seseorang boleh memahami lebih banyak perkataan daripada apa yang didengarnya. Inilah faktor yang menyebabkan semasa seseorang itu mendengar, mindanya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, oleh itu mindanya masih mempunyai ruang kosong. Itulah sebabnya minda si pendengar merayau-rayau lebih pantas daripada pensyarah berucap. Sekiranya seseorang itu dapat memahami 500 perkataan seminit semasa berfikir, dan 150 perkataan seminit semasa dia mendengar, maka dia hanya menggunakan sepertiga daripada keupayaan mindanya. Dua pertiga lagi daripada mindanya kosong dan berkeliaran semasa dia mendengar. Untuk mengatasi kesan negatif gejala ini, seseorang hendaklah menggunakan mindanya dengan berfikir ke hadapan dan membuat nota. Mengambil nota amat membantu pemahaman dan penyerapan.

Penyerapan
Kotak ingatan manusia terdiri daripada banyak bahagian. Sebaik-baik sahaja selepas mendengar orang bercakap, seseorang dapat mengingat perkataan-perkataan yang didengarnya sebentar tadi. Selepas itu, dia akan terlupa perkataan-perkataan itu, dan hanya dapat mengingati konsep-konsepnya sahaja. Selepas sehari, dia akan terlupa konsep-konsep itu pula. Selepas beberapa lama, ia tinggal kenangan sahaja, bertuah kalau masih ada sesuatu yang terus dapat diingat.
Ada pendapat mengatakan sesetengah orang dapat mengingat separuh daripada apa yang didengarnya selepas tiga jam. Para pengkaji di Amerika mendapati hanya 10% sahaja daripada yang didengar dapat diingat selepas tiga hari.
Cara berkesan untuk meningkatkan daya ingatan ialah dengan membuat nota apa yang didengar. Dengan membuat nota ia menjamin apa yang ditulis itu dapat diingati. Membaca nota selepas sehari membolehkan seseorang mengingati semula isi syarahan yang didengarnya. Ia membolehkan ingatan kekal lebih lama lagi. Seseorang tidak perlu mengingati semua perkara yang didengar. Catatan nota berguna sebagai alat mengingat.


Kaedah Membuat Nota

Ada beberapa kaedah yang dapat digunakan bagi mempercepatkan proses menulis nota. Kaedahnya adalah seperti berikut:

1. Gunakan tulisan sambung. Tuliskan perkataan-perkataan dan frasa-frasa yang penting diingat sahaja.

2. Tulis cepat-cepat, dan rumuskan setiap isi yang dibincangkan.

3. Gunakan singkatan ciptaan sendiri. Orang gemar menggunakan cara ini dan ia memang berkesan.

4. Gunakan sistem tulisan ringkas. Ia hampir serupa dengan simbol-simbol trengkas. Ada beberapa kod meringkaskan perkataan yang dapat digunakan. Kaedah ini mudah dipelajari dan sangat berkesan.

5. Apabila boleh, gunakan sistem trengkas, tetapi jika tidak tahu sistem itu, jangan sibuk hendak mempelajarinya pula, cukuplah dengan menggunakan sistem tulisan ringkas ciptaan sendiri.

Sebenarnya, sesiapa sahaja yang menulis laju menggunakan huruf-huruf sambung dia cenderung menulis dengan cara-cara yang ringkas misalnya, tentang menjadi ttg, sebagai menjadi sbg, dan lain-lain menjadi dll. Ini memang menjimatkan masa. Gunakan apa-apa sistem yang ada, tidak perlu diambil semuanya, gunakan yang perlu sahaja. Orang lain tidak perlu membaca nota itu. Gunakan kaedah sendiri, asalkan ia dapat dibaca dan dituliskan semula oleh yang menulis catatan itu. Ada banyak perkataan yang boleh dipendek-pendekkan. “Kt dpt medkn ejn hgg 40%” ialah “Kita dapat memendekkan ejaan hingga 40%,” dan dengan itu sekaligus kita menjimatkan masa. Contoh ejaan perkataan ringkas yang lazim:

cth contoh
bd banding dengan
not nota
sykt syarikat
panjang pjg
bukit bkt
lambat lbt
= bersamaan, serupa
=/= tak bersamaan
—> menjadi
> lebih daripada
< kurang daripada + dan Mendengar Dengan Empati Mendengar dengan empati ialah mendengar untuk mendapatkan makna-makna yang tersirat, iaitu bukan mendengar perkataan-perkataan orang itu, tetapi mendengar makna di sebalik perkataan-perkataan tersebut. Beberapa panduan untuk meninggikan kemahiran mendengar dengan empati ialah: a. Lebihkan mendengar, kurangkan bercakap. b. Tumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang menyentuh diri dan perasaan orang itu. c. Biarkan dia berfikir apa yang dia mahu fikirkan. Jangan gesa dia memikirkan apa yang kita rasa dia patut fikirkan. d. Jangan sibuk memberitahu dia apa yang kita fikir dia sepatutnya fikir, rasa ataupun buat. e. Jelaskan apa yang orang itu katakan berkenaan apa yang dia fikir dan rasai. f. Lebihkan perhatian kepada apa yang orang itu rasai, bukan apa yang dimaksudkan. g. Jangan sibuk memberitahu apa sudut pandangan kita. Cuba fahami sudut pandangan orang itu. h. Jangan tunjukkan sikap neutral ataupun objektif. Halangan Mendengar Banyak perbuatan dapat menghalang seseorang daripada mendengar secara yang berkesan. Perbuatan-perbuatan itu ialah: 1. Apabila seseorang itu mendengar dengan niat hendak mencari apa-apa maklumat yang dapat dijadikannya peluru untuk menembak orang itu semula. Maklumat-makumat lain, walaupun relevan, dibuang ke tepi. 2. Apabila seseorang itu berpura-pura mendengar, dia berlaku seolah-olah dia berminat mendengar apa yang dikatakan oleh orang itu, tetapi sebenarnya otaknya di tempat lain. 3. Apabila seseorang itu sudah membuat pilihan, rumusan dan keputusannya sendiri walaupun orang itu belum habis bercakap. 4. Apabila seseorang itu sibuk memikirkan apa yang ada di dalam kepalanya, bukan mendengar orang itu bercakap. Dia berasa fikirannya lebih penting daripada apa yang orang itu fikirkan dan rasakan. 5. Apabila seseorang itu sibuk bercakap, bukan sibuk mendengar. Pantang orang itu berhenti sekejap menarik nafas, dia terus mencelah. 6. Apabila seseorang itu tidak berminat hendak mendengar disebabkan adanya rasa takut orang itu akan mengatakan apa-apa yang tidak disukainya. Setiap orang boleh meningkatkan kemahirannya mendengar. Aspek yang penting dalam mendengar ialah memberi tumpuan. Disebabkan otak manusia boleh bekerja lebih laju daripada kebolehan individu bercakap, maka otak cepat merasa bosan dan suka menyeleweng sewaktu sedang mendengar. Otak yang sedang menyeleweng cepat mengantuk.

Cara yang baik untuk mengelakkan daripada mengantuk dan tertidur ialah dengan membuat rumusan ucapan yang didengar. Satu lagi cara ialah membuat nota untuk rujukan kemudian, dan memikirkan soalan-soalan yang dapat ditanyakan kepada penceramah. Isi-isi penting hendaklah dituliskan. Jangan bergantung kepada daya ingatan sahaja. Lebih penting daripada kepandaian mengucapkan kata-kata yang tepat, betul dan manis ialah kepandaian mendengar. Kepandaian bercakap jarang dapat menjadikan seseorang itu disukai, sebaliknya kepandaian mendengar tidak boleh menjadikan seseorang itu dibenci. Kemahiran Menulis Kenalilah Pembaca Apabila seseorang itu menulis untuk dibaca oleh orang lain, suatu perkara penting ialah dia perlu mengenali siapa yang bakal membaca apa yang ditulisnya itu. Ini mudah sahaja apabila yang ditulis itu adalah surat-surat yang ditujukan khusus kepada seseorang. Sebelum menulis surat, ambil kira tahap pemahaman si penerima surat itu. Sekiranya seseorang itu menulis kepada rakan sejawatannya ataupun kepada individu yang berkecimpung di dalam bidang ataupun kerjaya yang sama maka mereka seharusnya mempunyai tahap pemahaman yang serupa. Tetapi apabila surat itu ditujukan kepada orang awam, manakala isinya adalah berkenaan bidang khusus, bukan semua orang awam mempunyai pengetahuan asas berkenaan bidang itu.
mengenal pasti orang yang akan membaca surat itu, barulah gunakan tiga petua berikut supaya surat itu dapat ditulis dengan ringkas. 1. Beri tahu maklumat yang dia belum maklum. 2. Beri tahu maklumat yang dia perlu tahu sahaja, jangan tulis perkara-perkara yang tidak diperlukannya. 3. Beri tahu maklumat yang perlu diketahuinya sahaja bagi membantu dia memahami mesej dalam surat itu. Di dalam surat-surat ataupun laporan yang ditulis, sda kalanya terdapat aspek-aspek terperinci yang tidak perlu diketahui oleh pembaca. Laporan yang disediakan oleh pakar-pakar mungkin mengandungi huraian teknikal yang tidak diperlukan oleh mereka yang bukan pakar dalam bidang yang sama. Seorang pengurus yang membuat laporan untuk bacaan pengurus kanannya mungkin terlupa si pengurus kanan itu mungkin terlatih dalam bidang yang berlainan. Si pengurus itu mungkin seorang jurutera pengeluaran manakala si pengurus kanannya mungkin seorang akuantan. Apabila menulis untuk orang-orang yang berlainan bidang, ikutlah amalan akhbar. Mereka mengenal pasti ciri-ciri pembaca umum dan mereka menulis dengan menggunakan gaya yang sesuai. Pembaca umum disamakan dengan mereka yang mempunyai pendidikan peringkat menengah oleh itu istilah-istilah dan perkataan yang sudah digunakan pada peringkat sekolah menengah boleh digunakan apabila menulis untuk pembaca umum. Perkataan Bertulis Gaya komunikasi yang utama dalam pengurusan ialah perkataan bertulis. Syarat utama dalam menulis ialah semua tulisan hendaklah ringkas dan mudah, baik perkataannya, ayatnya, mahpun idea-ideanya. Ada individu yang cuba menunjuk-nunjuk pandai apabila menulis. Perbuatan begitu sia-sia saja. Terdapat pula kakitangan syarikat yang ingin naik pangkat cuba menggunakan perkataan-perkataan besar yang sukar difahami. Apabila seseorang itu menulis dengan menggunakan bahasa sebagaimana orang bercakap maka surat-surat dan laporan-laporan pengurusannya menjadi lebih jelas. Menggunakan tanda baca yang mudah dan digunakan dengan betul membantu memudahkan pemahaman. Laporan-laporan yang ditulis dengan jelas dan mudah ia dapat membaca dan lebih pantas. Cara ini bermanfaat memandangkan mereka yang perlu membacanya sentiasa mempunyai tugas-tugas lain. Keputusan-keputusan yang diambil dan tindakan-tindakan yang dijalankan sesudah membaca bahan-bahan itu menjadi lebih bijaksana. Seseorang dapat membaca secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada apa yang dibaca dan berlatih. Amalan membuat nota amat membantu bacaan yang berkesan. Ada dua jenis nota yang boleh dituliskan. Pertama ialah dengan mencatat isi-isi utama. Kedua ialah soalan-soalan yang timbul semasa membaca, di mana jawapannya mungkin timbul semasa meneruskan bacaan. Nota-nota itu boleh dicatatkan pada halaman yang dibaca. Buku ataupun laporan tidak semestinya dijaga supaya sentiasa cantik dan bersih. Buat catatan, garis bawah, dan garis tepi apabila perlu kerana ia membantu kefahaman. Gaya Menulis Untuk menulis dengan mudah dan ringkas seseorang itu perlu menyusun bahan-bahan yang ditulisnya dengan menggunakan format susunan yang logikal. Terdapat jenis-jenis perkataan yang sesuai digunakan dan ada pula gaya yang berkesan bagi menuliskannya barulah hasil tulisan itu menjadi ringkas dan mudah dibaca. Prinsip-prinsip yang disenaraikan di bawah dapat menghasilkan gaya penulisan yang berkesan. 1. Gunakan perkataan-perkataan yang mudah difahami oleh pembaca. Jangan gunakan perkataan yang sukar apabila hendak disebutkan bunyinya. Gunakan gaya bercakap yang baik sebagai gaya menulis. Gunakan ayat-ayat yang apabila dibaca seolah-olah ayat-ayat itu adalah skrip orang yang berucap. Bahasa Melayu itu satu sahaja. Bahasa Melayu tulisan tidak sepatutnya berbeza daripada bahasa Melayu ucapan. 2. Jangan gunakan perkataan dan ungkapan slanga. Slanga (atau slang dalam bahasa Inggeris) ialah gaya bahasa yang tidak dihormati. Anak-anak muda mempunyai gaya slanga mereka sendiri apabila bercakap sesama mereka. Sebagai contoh, pada masa buku ini dikarang anak-anak muda menggunakan perkataan ‘cun’ untuk maksud ‘cantik,’ Perkataan-perkataan slanga hendaklah diganti dengan perkataan dan ungkapan mudah yang standard. Juga jangan gunakan tulisan singkat dalam karangan seperti sbg. untuk sebagai, yg untuk ‘yang’, dll untuk ‘dan lain-lain’, sbg untuk ‘sebagai’, spt untuk ‘seperti’ dan seumpamanya. 3. Jangan gunakan istilah-istilah yang dikategorikan sebagai jargon. Jargon ialah perkataan yang hanya difahami oleh mereka yang sama-sama pakar di dalam bidang mereka sendiri. Apabila akauntan bercakap sesama akauntan mereka banyak menggunakan jargon akauntansi. Para pekerja syarikat per-fileman banyak menggunakan jargon di kalangan sesama mereka. Apabila orang bisnes bercakap dengan orang bisnes perkara yang sama berlaku. Jangan gunakan jargon apabila bahan yang ditulis itu akan dibaca oleh mereka yang datang daripada kelompok lain. 4. Jangan gunakan perkataan-perkataan ‘buzzwords’ iaitu sejenis jargon juga. Perkataan-perkataan seperti unjukan paradigma, cemerlang, prestasi, kualiti tanpa cacat, kecacatan sifar, hebat bunyinya tetapi tidak meningkatkan kejelasan apa yang dituliskan. 5. Jangan gunakan ejaan singkatan seperti, KP (ketua pengarah), kk (kerani kanan), ck (cek tendang), hj (harga jualan) dan banyak lagi, yang tidak difahami oleh mereka dari kelompok luar. 6. Sedapat-dapatnya jangan gunakan perkataan-perkataan pinjam-an kecuali perkataan itu sudah diajarkan di peringkat sekolah menengah. Di dalam bahasa Melayu perkataan pinjaman itu mungkin berasal daripada bahasa Inggeris, Arab, Indonesia ataupun lain-lain. 7. Apabila hendak menegaskan sesuatu maksud, jangan suka menggunakan kata-kata penegas seperti ‘saya ingin me-negaskan’, ‘perlu ditekankan di sini’, ‘sila ambil perhatian’ ‘jangan lupa’, dan seumpamanya. 8. Jangan suka menggunakan perkataan yang maksudnya hendak menyeru-nyeru seperti ‘hendaklah’, ‘wajiblah’, ‘sepatutnyalah’, ‘mestilah’, ‘haruslah’ dan lain-lain seperti itu. Jangan pula bahagian yang hendak ditegaskan maksudnya itu ditulis dengan huruf-huruf besar ataupun huruf-huruf tebal. 9. Jangan suka menggunakan perkataan penguat maksud seperti ‘amat’, ‘sangat’, ‘sungguh’, ‘sekali’, ‘betul-betul’, ‘terlalu’, ‘teramat’, ‘teramat-amat’ dan lain-lain seperti itu. 10. Jangan gunakan ungkapan seperti ‘dapatlah dilihat bahawa’, ‘patut diingat’, ‘sebagaimana yang tuan sedia maklum’, ‘jelaslah bahawa’ dan banyak lagi seumpamanya. 11. Jangan gunakan bahasa yang memberi gambaran si penulis tidak yakin seperti ‘barangkali elok juga kalau’, ‘mungkin tuan patut fikirkan’, ‘ada baiknya jika’, ‘seandainya’ ‘kalau saya tidak silap’ dan banyak lagi seperti itu. 12. Jangan gunakan bahasa berbunga-bunga. 13. Jangan membesar-besarkan isu yang dibincangkan, sebaliknya berikan penjelasan yang tepat. 14. Elakkan kekaburan seperti ‘agak besar’, ‘agak kecil’, ‘agak menguntung’, ‘agak maju’ sebaliknya berikan maklumat yang tepat. 15. Jaga ejaan dan jangan malas menggunakan kamus. 16. Jaga supaya nahu dan susunan ayat-ayat betul. 17. Apabila membuat senarai, gunakan nombor, bintang, sempang. Kebiasaan menulis dengan gaya yang baik adalah tabiat yang baik. Jaga kepentingan pembaca, bukan diri sendiri. Perkataan yang berlebihan, jargon yang tidak dapat difahami dan perkataan-perkataan panjang menunjukkan si penulis mahu menunjuk-nunjuk. Tulisan yang ringkas dan mudah menunjukkan si penulis yakin pada apa yang dituliskannya dan yakin kepada diri sendiri. Tulisan Hendaklah Mudah dan Ringkas Kemahiran membuat sesuatu perkara yang susah menjadi mudah dan ringkas adalah penting dalam pengurusan dan dalam kehidupan. Begitulah juga dengan tulisan. Tulislah dengan mudah dan ringkas, maksudnya ayat-ayat hendaklah ditulis pendek-pendek. Ayat yang pendek mempunyai dua ciri: pertama, satu ayat hendaklah mengandungi satu kenyataan sahaja. Kedua, gunakan perkatan-perkataan yang perlu sahaja. Setiap perkataan mesti membawa makna. Seboleh-bolehnya gunakan perkataan-perkataan pendek. Perenggan juga perlu pendek. Tuliskan satu idea penting dalam satu perenggan. Dengan cara ini surat-surat dan laporan menjadi ringkas dan mudah dibaca. 1. Gunakan perkataan pendek Gunakan perkataan-perkataan yang pendek. Perkataan-perkataan yang panjang sukar diproses. Malah perkataan yang terdiri daripada tiga suku kata sudah dikira panjang. Perkataan yang pendek boleh menjadi panjang apabila ia menerima penambahan, sebagai contoh, perkataan soal boleh menjadi panjang seperti persoalan, dipersoalankan, mempersoalkan. Perkataan-perkataan panjang seperti ini lebih sukar difahami. Dua jenis penambahan yang menyukarkan kefahaman ialah ke-an dan per-an, oleh itu jangan gunakan kedua-dua penambahan ini melainkan amat perlu. Penambahan di-kan dan me-kan adalah lebih mudah difahami. Apabila hendak menggunakan perkataan panjang, fikirlah dulu. Cari perkataan yang lebih mudah untuk menyampaikan maksud yang sama. Lebih baik menggunakan dua ataupun tiga perkataan untuk menggantikan satu istilah yang tepat tetapi sukar difahami. 2. Gunakan ayat pendek Ayat hendaklah ditulis pendek-pendek, sebaik-baik setiap ayat terdiri antara 10 hingga daripada 15 perkataan. Lebih sedikit ataupun kurang sedikit tidak mengapa tetapi tentukan janganlah lebih daripada 25 perkataan dalam satu ayat. 3. Gunakan struktur ayat mudah Gunakan binaan atau struktur ayat mudah. Apabila perlu menggunakan ayat majmuk gunakanlah ayat majmuk gabungan. Ayat majmuk gabungan adalah lebih mudah difahami daripada ayat majmuk pancangan. “Pokok-pokok ditanam dahulu baru disiram dengan baja ini.” adalah ayat majmuk gabungan, di mana dua ayat dicantumkan menjadi satu manakala ayat, “Baja ini disiramkan ke atas gunakan pokok-pokok yang sudah ditanamkan terlebih dahulu.” adalah contoh ayat majkmuk yang sukar difahami. 4. Gunakan perenggan pendek SEbaik-baiknya sesuatu perenggan itu terdiri antara 60 hingga 80 perkataan sahaja. Janganlah lebih daripada 160 perkataan. Seseorang akan berasa bosan membaca ayat-ayat yang semuanya sama panjang. Bezakan jumlah perkataan di dalam ayat-ayat kita. Ayat-ayat pendek memberi kesan ada sesuatu yang perlu disegerakan. Ayat-ayat panjang memerlukan tumpuan yang lebih untuk memahaminya. Perenggan-perenggan pendek diselang-selikan antara perenggan-perenggan panjang akan menghilangkan kesan monotoni dan memudahkan proses membaca. 5. Gunakan tanda baca yang mudah Tanda baca digunakan untuk memudahkan proses memahami apa yang ditulis. Apabila ayat-ayat pendek digunakan, tanda koma dan noktah sudah mencukupi. Gunakanlah tanda baca supaya makna ayat menjadi amat jelas. Koma menandakan jeda, manakala noktah menandakan hujung ayat. Sengkang (-), titik bertindih (:), dan koma bertitik (;) sukar difahami maknanya, oleh sebab itu jangan gunakan tanda-tanda baca ini melainkan si penulis tahu cara-cara yang betul menggunakannya. Sempang (-), tanda tanya (?), dan koma terbalik (‘) menandakan kutipan. Dua koma terbalik (“) jarang digunakan untuk menandakan kutipan, sebaliknya satu koma terbalik lebih sesuai. Tanda seru (!) tidak diperlukan disebabkan ia memberi kesan orang yang menggunakannya dalam pengurusan itu masih bertaraf amatur ataupun tidak profesional. Tanda seru menunjukkan adanya unsur-unsur emosi. Ia juga menunjukkan si penulis itu mengajar-ajar pembacanya. Peraturan-peraturan di atas perlu dipatuhi. Seseorang itu perlu bersungguh-sungguh berazam mahu belajar menulis dengan baik. Ini tidak bermakna menggunakan ayat-ayat panjang ataupun menggunakan tanda baca yang susah itu salah. Ada tulisan yang baik mengandungi ayat-ayat panjang. Tetapi tidak ramai orang yang pandai mengarang ayat-ayat panjang yang mudah difahami. Dengan menggunakan ayat-ayat pendek seseorang itu tidaklah menjadi penulis agung tetapi dia dapat menjadi pengurus yang baik. Cara Menulis Angka Angka sentiasa digunakan di dalam kebanyakan surat-menyurat perniagaan dan di dalam laporan-laporan pengurusan yang mengandungi maklumat. Ada kekeliruan sama ada angka perlu dieja dengan huruf ataupun ia perlu ditulis dengan angka. Untuk mengelakkan kekeliruan, ada manfaatnya kita menggunakan satu cara standard, sama ada dalam bentuk deskripsi ataupun jadual yang perinci. Ada beberapa peraturan yang dapat diikut. 1. Angka satu hingga sepuluh hendaklah dieja tetapi ada kekecualiannya. Nilai wang seperti RM0.20 sen, dimensi seperti 3 cm panjang, pecahan yang mengikuti angka lain seperti 4 1/2 kali ganda, boleh ditulis menggunakan angka. Buku membenarkan penulisan angka hingga seratus dieja penuh. 2. Pecahan yang bersendirian, tidak didahului oleh angka, seperti 1/4 hendaklah dieja penuh sebagai seperempat; manakala _ hendaklah dieja setengah. 3. Angka 11 ke atas hendak ditulis angkanya seperti, 21, 36, 1000 dan seterusnya. Anda boleh mengeja bilangan yang digunakan sebagai agakan misalnya, lebih kurang lima puluh, ataupun hampir seratus. 4. Selaraskan penggunaan angka dengan huruf, misalnya; antara 8 hingga 20, ataupun lapan hingga dua puluh. Janganh campur adukkan 8 hingga dua puluh, ataupun lapan hingga 20. 5. Apabila menuliskan beberapa jumlah barang dalam bentuk rentetan, gunakan angka. Contoh: barang-barang itu ialah: 4 buah meja, 32 buah kerusi, dan 12 buah rak buku. 6. Tarikh hendaklah ditulis sebagai 4 November 1994. Janganlah tulis empat November 1994, ataupun 4 November sembilan puluh empat. 7. Elakkan memulakan ayat dengan angka. Contoh: 50 orang menghadiri mesyuarat. Ia hendaklah ditulis sebagai Mesyuarat dihadiri oleh 50 orang. Menulis Surat Persuasi ialah istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris persuasion. Makna persuasi ialah keupayaan seseorang mendorong individu-individu lain supaya bersetuju dengan pemikirannya. Ia bukan memutar belit orang lain supaya melakukan sebagaimana yang dikehendakinya. Persuasi bermakna menyusun dan mengemukakan sesuatu maklumat dengan cara-cara yang dapat menarik orang lain menyetujuinya. Dan ini dilakukan dengan niat yang jujur. Di dalam apa jua jenis profesion dan pekerjaan, ganjaran lumayan disediakan bagi mereka yang mahir mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku individu-individu lain dengan menggunakan cara-cara dan maklumat yang dikemukakan secara elok dan tersusun. Setiap hari kita menjadi sasaran persuasi orang-orang lain. Iklan di radio, televisyen, akhbar, majalah, papan iklan, filem dan macam-macam lagi media periklanan, semuanya cuba memujuk kita supaya membeli berbagai-bagai produk. Persuasi ialah teknik penjualan yang berkesan. Persuasi bukan setakat salah satu teknik membuat jualan. Usaha mendapatkan persetujuan daripada ketua pun persuasi juga. Meyakinkan orang lain supaya menyokong pendirian anda, menerima diri anda, ataupun menerima idea anda, ini pun persuasi juga namanya. Oleh itu persuasi adalah alat yang wajib dikuasi oleh barang siapa yang perlu mendapatkan sokongan individu-individu lain dalam proses membuat keputusan. Persuasi menggunakan pelbagai alat, antaranya tulisan, bahasa yang diucapkan, gambar, bunyi, data, hujah dan lain-lain lagi. Bagi tujuan buku ini, fokus kita ialah persuasi bertulis, terutamanya persuasi dalam bentuk surat. Untuk menghasilkan persuasi bertulis yang baik, mulakan dengan memikirkan bagaimana persuasi itu hendak dikemukakan. Kumpulkan maklumat yang betul berkenaan: 1. Idea, produk ataupun perkhidmatan anda Maklumat berkenaan perkara yang hendak anda kemukakan itu mestilah terperinci, bukan setakat maklumat am sahaja. Dapatkan sebanyak-banyak maklumat mengenainya. Bandingkan produk itu dengan produk-produk lain yang sejenis. Cuba gunakan sendiri produk itu. Tanya pendapat mereka yang sudah menggunakannya. Sebelum menulis, jawab pertanyaan dibawah: a. Apa faedah yang bakal dinikmati oleh sasaran apabila dia menggunakan produk itu. b. Apa ciri-ciri istimewa yang ada pada produk itu, yang tidak ada pada produk lain. c. Di mana kelebihan produk itu yang sebenarnya daripada kaca mata sasaran. Orang hanya berminat kepada produk baru yang benar-benar mempunyai kelebihan nyata berbanding dengan produk yang kini digunakannya. d. Apa implikasi ataupun kos yang bakal ditanggung oleh sasaran apabila dia membeli produk itu. Setiap produk mempunyai banyak implikasi, di mana harga hanyalah salah satu daripada implikasi itu. 2. Siapa sasaran persuasi surat anda anda itu. Sesetengah persuasi ditujukan kepada seorang individu. Apabila sesuatu persuasi itu ditujukan kepada ramai individu, pastikan anda mempunyai maklumat berkenaan ciri-ciri kelompok sasaran itu, umpamanya apa taraf ekonomi mereka, pendidikan, keperluan dan nilai-nilai kelompok itu. Kelompok berpendapatan rendah mengutamakan penjimatan, tahan lama,mudah diperolehi dan lain-lain ciri yang selaras dengan keperluan mereka. Kelompok berpendapatan tinggi mengutamakan penjimatan waktu, kesihatan, keselesaan, penghormatan, keselamatan dan lain-lain. 3. Apa tindakan yang anda kehendaki daripada sasaran? Apakah yang kita mahu supaya sasaran kita lakukan? Adakah kita mahu mereka mengisi borang langganan dan menyertakan cek bayaran, datang menghadiri sesi demonstrasi, datang ke majlis pelancaran, isi borang soal selidik, atau apa? Komunikasi berkesan tidaklah hanya bergantung kepada perkataan-perkataan yang tertulis tetapi juga kepada cara isi kandungannya dipersembahkan. Rupa wajah sesepucuk surat itu adalah penting disebabkan surat adalah wakil peribadi si penulisnya. Kepala surat dan kualiti kertas yang digunakan adalah penting, begitu juga jenis rupa-huruf atau font dan cara surat itu dikarang. Adalah baik apabila sesebuah organisasi itu belum menggunakan sesuatu gaya penulisan surat yang khusus. Indentasi pada perenggan sudah mula tidak digunakan, manakala tanda baca sudah mula dibuang oleh sesetengah pihak apabila menaip alamat. Sesetengah pihak menggantikan garis bawah dengan huruf besar. 1. Di mana boleh, alamatkan surat kepada individu tertentu. Ada sesetengah organisasi mengehendaki supaya surat-surat tidak dialamatkan secara khusus kepada mana-mana individu, sebaliknya surat itu diberikan nota ‘untuk perhatian’. Di sesetengah organisasi surat-surat individu tidak dibuka oleh orang lain akibatnya sekiranya individu itu bercuti ataupun sakit, surat-suratnya terbiar sahaja. Surat-surat kepada sesebuah syarikat berhad tidak boleh dialamatkan kepada ‘Tetuan....’ Perkataan tetuan hanya digunakan untuk menulis surat-surat yang dialamatkan kepada syarikat-syarikat profesional seperti syarikat guaman, pakar-pakar runding dan seumpamnya. 2. Gunakan sapaan peribadi, misalnya, mulakan surat dengan ‘Yang dihormati Encik Abd. Razak bin Hashim’. Seseorang itu berasa lebih suka membaca dirinya disapa dengan cara-cara yang sopan daripada sekadar membaca sapaan rasmi ‘Tuan’. 3. Setiap surat rasmi hendaklah mempunyai tajuk surat ataupun perkara, melainkan kalau surat itu sangat pendek. Tajuk surat membantu pembaca surat mengenal pasti dengan pantas perkara yang dibincangkan dalam surat itu. Gunakan tajuk-tajuk kecil apabila surat itu panjang, iaitu melebihi tiga halaman. 4. Gunakan bahasa Melayu yang betul ejaan dan nahunya. Tulis surat dengan gaya mudah dan jelas. Kata-kata seperti ‘Adalah saya yang menurut perintah’, ‘Sebagai mana yang tuan sedia maklum’, ‘Di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan’, tidak membawa makna malah boleh menyinggung perasaan. Kata-kata seperti ‘Saya percaya tuan sedia maklum’ bermakna ‘SAYA YAKIN TUAN TIDAK FAHAM.’ Kata-kata begitu disangka tanda menghormati si penerima surat tetapi belum tentu ia ditafsirkan begitu. 5. Apabila sudah siap menuliskan apa yang hendak dituliskan, tamatkan surat itu. Tidak perlu lagi ditulis perenggan seperti ‘Diharap tuan dapat menjawab dalam kesempatan yang terawal.’ 6. Di bawah tanda tangan tulis pengirim surat itu dengan jelas. Sertakan juga nama jawatan dan jabatannya disebabkan orang yang menerima surat itu betul-betul mahu melihat siapa dia pengirim ‘yang ikhlas’ atau ‘yang benar’ di akhir suratnya itu. Menyusun Untuk Menulis Surat-surat dan laporan perlu disusun secara logikal. Apabila membalas surat, rujuklah kepada surat asal, apabila surat asal mengandungi banyak soalan dan pernyataan, ikutlah rentetan yang sama sewaktu menjawabnya. Apabila perlu membuat ulasan, dahulukan ulasan yang penting daripada yang kurang penting. Tulis semua surat dan laporan menggunakan gaya positif. Sediakan formatnya dahulu kemudian barulah mula menulis. Format tulisan mungkin berbeza-beza menurut rentetan soalan yang ditentukan, objektifnya, fakta, pendapat, kesimpulan, dan perakuan. Format menentukan logik susunan surat ataupun laporan. Walaupun tanpa format seseorang itu masih dapat menulis dengan logikal tetapi ia lebih mudah dengan format yang dibuat lebih awal, oleh sebab format membantu seseorang menyusun fikirannya dengan berdisiplin. Sebenarnya menyusun fikiran dengan berdisiplin adalah lebih sukar daripada menulis. Tentukan apa yang hendak diperkatakan dan apa yang hendak dituliskan kemudian barulah disusun dalam suatu format. Dalam belajar menulis surat, yang penting ialah belajar menulis surat yang kita mulakan, bukan menjawab surat. Format soal-jawab ialah format mudah untuk surat yang objektifnya ialah ‘menjual’ suatu idea, produk, hasil, ataupun diri kita sendiri. Format ini juga amat sesuai untuk membuat laporan ringkas, ataupun apabila menyediakan balasan kepada arahan ‘sila sediakan sebuah laporan ringkas.’ Format soalan-dan-jawapan adalah mudah. Mula-mula tentukan apa yang pembaca ingin tahu, itulah sebabnya seseorang itu perlu mengenal pasti pembaca surat ataupun laporan yang akan ditulisnya. Sekurang-kurangnya dia perlu mengetahui jenis pembacanya. Untuk menyediakan senarai soalan-dan-jawapan gunakan senarai di bawah sebagai panduan am: 1. Kenapa surat ataupun laporan perlu ditulis? 2. Apa perkara yang hendak diperkatakan? 3. Apa yang belum difikirkan lagi? 3. Kenapa saya perlu berkata “ya?” 4. Apa manfaatnya kepada saya? 5. Apa kesan-kesan lain yang akan timbul dari pelaksanaan ini? 6. Berapa lama masanya? 7. Berapa kosnya? 8. Apa keperluan ruang, kakitangan, dll.? 9. Apa akibatnya kalau idea itu ditolak? Soalan-soalan di atas boleh disusun mengikut keperluan penerima laporan. Susunan yang diberi mungkin tidak sesuai dengan objektif khusus sesuatu laporan. Susunan lain boleh mengandungi soalan-soalan yang berlainan. Sesudah siap menyediakan soalan langkah seterusnya ialah menjawab soalan-soalan tersebut. Ada kalanya soalan-soalan itu boleh dijadikan pecahan tajuk laporan. Jawapan boleh diberikan dengan mengambil kira apa soalannya. Ada jawapan yang mudah, sebagai contoh jawapan yang berbentuk fakta, seperti harga, kos, jumlah ju

Monday, March 02, 2009

Entri Peribadi

Mulai hari ini saya akan menuliskan pendapat-pendapat peribadi saya berkenaan pelbagai isu semasa dalam blog ini.

.

Thursday, September 20, 2007

Promosi Buku-buku PTS Sempena Musim Raya

Pada masa ini buku-buku terbaru PTS sedang dipromosikan di MPH dan POPULAR, khususnya di cawangan-cawangan yang banyak menerima kunjungan pembeli Melayu.

Staf Bahagian Pemasaran dibantu oleh staf Jabatan Editorial dan Jabatan Pengurusan HQ sibuk dengan kerja-kerja menyediakan hiasan di tempat buku-buku itu dipamerkan.

Kepada penulis PTS yang bukunya sempat diterbitkan sempena bulan Ramadhan ini, cuba ke MPH!
.
.

Friday, September 14, 2007

Perjanjian Eksklusif antara PTS dan METADOME

Pihak METADOME berminat menawarkan cadangan supaya PTS hanya melesenkan buku-buku terbitannya kepada METADOME sebagai konten mobile.

Pihak PTS pula berminat supaya METADOME hanya menjual sebagai mobile konten buku-buku terbitan PTS sahaja.

Inilah antara perkara-perkara yang bakal dibawa ke meja perundingan antara PTS dan METADOME.


.

Monday, June 18, 2007

Teori Surah Yusuf: Cinta Boleh, Asmara Tidak Boleh

Apabila membaca novel-novel cinta yang ada dalam pasaran sekarang, didapati pengarang novel-novel itu tidak membezakan antara cinta dan asmara.

Dalam teori sastera aliran Surah Yusuf, unsur cinta hadir dengan amat jelas, iaitu kisah cinta isteri al-Aziz kepada Nabi Yusuf. Unsur yang sama sekali tidak ada dalam surah Yusuf itu adalah unsur asmara ataupun romance.

Justeru, dalam teori Surah Yusuf, pengarang novel Islami tidak dibenarkan menerangkan babak-babak asmara, sebagai contoh babak di mana hero berasmara dengan heroin.

Ini berbeza dengan novel-novel cinta yang ada dalam pasaran sekarang, yang menjadikan babak asmara unsur wajib ada. Malah, babak-babak asmara itu menjurus kepada babak-babak di mana hero dan heroin bukan hanya berasmara, tetapi lebih daripada itu.

Dalam banyak novel-novel cinta Melayu hari ini, terdapat babak-babak yang penerbit filem Melayu pun tidak akan lakukan!


Wednesday, June 13, 2007

Monolog dan Dialog dalam Surah Yusuf

Dalam novel, ada dua jenis dialog - ada dialog dan ada monolog.
Dalam surah Yusuf, 86% ayat-ayat dalam surah itu mengandungi dialog, manakala hanya ada 1 monolog.

Ayat 77: Mereka berkata, “Kalau dia (Bunyamin) mencuri, maka tidaklah pelik, kerana sesungguhnya saudara kandungnya (Ysusf) pernah juga mencuri dahulu.” (Mendengar kata-kata yang menyinggung itu) maka Yusuf pun menyembunyikan perasaannya, dan tidak menyatakan kepada mereka, sambil berkata dalam hati, "Kamulah yang lebih buruk keadaannya, dan Allah maha mengetahui akan apa yang kamu katakan itu.”

Salah satu manfaat dialog yang banyak adalah ia memudahkan novel dialihkan menjadi skrip TV ataupun skrip filem, ataupun dikomikkan. Manakala, monolog menyebabkan novel sukar dialihkan menjadi skrip.

Monolog terdiri daripada 2 jenis:

(1) Monolog yang merupakan dialog dalam hati, yakni watak bercakap kepada orang lain tetapi dialog itu tidak diucapkan dengan mulut.

Contoh dialog dalam dalam hati: Dalam hatinya, Mamat berkata, "Budin... Budin... Mengapalah kamu bodoh benar." Bayangkan bagaimanakah monolog ini dapat dilakonkan.

(2) Apabila watak berkata-kata kepada dirinya sendiri, itulah adalah monolog juga.

Contoh dialog dengan diri sendiri: Dalam hatinya Mamat menyesali dirinya sendiri, "Sampai hati dia buat aku begini. Tidak mengapalah, Tuhan akan balas perbuatannya." Bayangkan bagaimanakah monolog ini dapat dilakonkan.

Monolog hanya dapat dibaca. Ia tidak dapat dilakonkan. Jadi, apabila saudara menulis buku cerita, ataupun novel, bagi tujuan dialihkan menjadi skrip TV ataupun filem, ataupun komik, monolog tidak sesuai.


Sunday, June 03, 2007

Hero dalam Teori Surah Yusuf

Dalam teori sastera Islami aliran Surah Yusuf, berikut adalah ciri-ciri 'hero' cerita:

(1) Hero itu lelaki

Apabila hero cerita adalah lelaki, baik perempuan mahupun lelaki mahu membacanya. Jadi, pasaran karya itu luas. Cerita Cinderella ataupun Siti Zubaidah hanya dibaca oleh perempuan.

Apabila cerita itu dijadikan filem ataupun siri TV, cerita itu dapat ditargetkan kepada penonton lelaki dan perempuan. Filem dan siri TV di mana heronya perempuan hanya ditonton oleh khalayak perempuan.

(2) Hero itu lelaki yang memiliki ciri-ciri akhlak yang ideal

Teori surah Yusuf menolak cerita yang menjadikan seseorang yang akhlaknya buruk sebagai hero. Perbuatan itu memberikan kemenangan moral kepada pedosa. Watak jahat boleh dijadikan hero dengan syarat dia akhirnya insaf akan kesalahannya.

Sastera tidak boleh memberi gambaran "Menjadi orang baik tidak berbaloi".

(3) Hero itu lelaki muda

Kisah Nabi Yusuf ditamatkan sebelum beliau tua!

Cuba saudara fikirkan apa kelebihan hero lelaki muda, dan apa kelemahan hero lelaki tua?...


Sunday, January 07, 2007

Teori dan Teknik Sastera Islami

sasteraislami.blogspot.com mengandungi semua analisis surah Yusuf yang sedang dijalankan. Saudara dibenarkan menyalin dan mencetak kandungan blog ini untuk rujukan peribadi sahaja.

.

Thursday, January 04, 2007

Surah Yusuf: Bab lawan Babak

Lazimnya, penulis merancang bab-bab dalam novelnya yang akan ditulis. Jadi, dalam sesebuah novel mungkin ada 7, 8, ataupun 12 bab. Ini adalah teknik konvensional menulis novel.

Novel yang distrukturkan mengikut bab-bab lebih sukar dialihkan ke skrin filem ataupun skrin TV disebabkan ia perlu distrukturkan semula kepada rangkaian babak sebelum dapat dituliskan skripnya. Ini memerlukan banyak pemikiran dan kreativiti pada pihak penulis skrip.

Novel yang mudah dialihkan menjadi skrip filem ataupun drama TV sejak awal sudah distrukturkan berdasarkan susunan babak. Setiap babak adalah satu episod, satu peristiwa.

Sususan episod-episod itu adalah kronologis. Tidak ada susunan plot yang jungkir-balik (istilah Malaysia, tunggang-terbalik). Ini bermakna, dalam novel yang ditulis untuk skrin, tidak ada plot falsh-back mahupun plot flash-forward.

Susunan plot kronologis adalah ciri dalam surah Yusuf.

.

.

Monday, January 01, 2007

Konflik dalam Kisah Cinta Surah Yusuf

Konflik adalah unsur wajib ada dalam sesebuah kisah cinta yang indah. Ertinya, tanpa konflik, tidak mungkin sesebuah kisah cinta itu mencapai taraf indah.

Dalam dunia sastera Melayu, konflik dalam kisah percintaan Qais dan Laila, dalam kisah percintaan Uda dan Dara, dalam novel Siti Nurbaya, dalam filem Ibu Mertuaku dan filem Antara Dua Darjat konflik itu adalah konflik pertentangan kelas sosial antara golongan berharta dan golongan miskin.

Dalam novel Salah Asuhan konflik itu adalah konflik pertentangan kelas antara darjat kaum penjajah Belanda dengan darjat kaum terjajah, yakni pribumi Minangkabau.

Dalam novel-novel cinta popular hari ini, konflik itu adalah konflik emosi antara individu-dengan-individu, yakni antara lelaki-dengan- perempuan, antara benci-dengan-cinta, bagi mendapatkan kasih sejati dan abadi.

Dalam siri komik dan animasi, pertentangan itu adalah pertentangan antara ‘yang baik’ dengan ‘yang jahat’.

Konflik dalam kisah cinta Nabi Yusuf adalah konflik yang tiada kaitan dengan pertentangan antara golongan kaya-dengan-miskin, tinggi-dengan-rendah, ataupun antara jahat-dengan-baik, ataupun antara benci-dengan-cinta.

Nabi Yusuf adalah lelaki yang ideal, yang baik. Isteri al-Aziz adalah majikan yang baik terhadap Nabi Yusuf sebagai hambanya.

Isteri al-Aziz sangat cinta kepada Nabi Yusuf. Sehingga tamat kisah mereka dalam surah itu, Nabi Yusuf tidak membenci perempuan itu, meskipun selepas dia difitnah oleh isteri al-Aziz sehingga dipenjarakan.

Meskipun Nabi Yusuf tidak pernah membenci isteri al-Aziz, kisah cinta itu tidak ditamatkan dengan mereka akhirnya berkahwin.

Inilah antara unsur-unsur yang menjadikan kisah cinta dalam surah Yusuf itu begitu indah.
.

.


PERHATIAN

Sunday, December 31, 2006

Surah Yusuf dan Unsur "kecacatan"

Kisah hidup Nabi Yusuf adalah kisah cinta yang paling indah pernah berlaku dalam sejarah manusia.

Akan hal ini, ia diperakukan oleh Allah sendiri dalam ayat ke-3 yang bermaksud, “Kami sampaikan kepadamu (wahai Muhammad), sebuah kisah yang paling indah.”

Banyak perkara menarik tentang prinsip dan teknik menulis novel Islami dapat digali daripada surah Yusuf.

Sebagai contoh, dalam surah Yusuf, tidak ada watak yang cacat anggota ataupun cacat mental. Semua watak dalam kisah Nabi Yusuf adalah manusia normal-normal belaka, kecuali Nabi Yusuf yang amat tampan dan amat beriman.

Walaupun Nabi Yaakub menjadi buta disebabkan banyaknya menangis mengenangkan anak kesayangannya yang dikatakan mati dimakan serigala oleh abang-abang Nabi Yusuf, tetapi penglihatan beliau kemudian pulih seperti sedia kala.

Ini bermakna, dari sudut pandang teori sastera Islami aliran surah Yusuf, unsur kecacatan bukan unsur keindahan.

Contoh kecacatan adalah:

(a) Cacat mental yang biasa berlaku seperti gila, hilang ingatan, bingung, lurus bendul, pelupa dan lain-lain.

(b) Cacat fizikal yang biasa berlaku seperti kudung, buta, pekak, bisu, sumbing, katik, terlalu gemuk, hitam ataupun tempang dan lain-lain.

(c) Cacat upaya yang biasa berlaku seperti sakit terlantar, sakit misteri dan lain-lain.

(d) Cacat psikologi yang biasa berlaku seperti egoistik, cemburu buta, kedekut, tamak harta, kuat berlagak, akal pendek, gopoh-gapah, dan lain-lain.

Kelemahan pada watak-watak yang terdapat dalam surah Yusuf adalah jenis yang jarang berlaku:

(a) Perempuan-perempuan bangsawan tergoda melihat lelaki muda yang amat tampan sehingga tidak sedar mereka terpotong jari mereka sendiri, meskipun lelaki itu adalah seorang yang amat rendah kedudukan sosialnya.

(b) Adik-beradik yang berebut kasih sayang ayah sehingga sanggup hendak membunuh adik mereka yang paling disayangi oleh ayah mereka.

(c) Seorang ayah yang tersangat sabar ke atas tingkah laku buruk anak-anaknya, sehingga dia tidak mengambil tindakan ke atas anak-anaknya meskipun mereka menderhaka kepadanya, sebaliknya dia cuma asyik menangis sehingga kedua-dua matanya menjadi buta dan dikatakan oleh orang kampungnya dia sudah jadi gila.

Tuhanlah yang lebih mengetahui.

.

.

Saturday, December 30, 2006

Kedai Buku PTS on-line


Beli buku PTS di
BOOKCAFE. com.my

.

Friday, December 29, 2006

Perwatakan dalam Surah Yusuf

Dalam seminar novel popular di DBP yang baru lalu, antara kritikan yang banyak kali dikongsi oleh para pembentang kertas kerja adalah kelemahan perwatakan dalam novel-novel yang dinilai.

Bagaimanakah cara menampilkan perwatakan yang kuat? Berikut adalah cara bagaimana surah Yusuf menampilkan perwatakan:

(1) Tiada sebarang keterangan berkenaan sifat-sifat tubuh badan watak-wataknya.

Kita langsung tidak diberitahu bagaimana bentuk tubuh badan, warna rambut, mata dan kulit Nabi Yusuf, Siti Zulaikha dan semua watak yang ada dalam surah itu.

(Bandingkan ini dengan cara bagaimana novel-novel cinta menerangkan bentuk tubuh badan watak-wataknya, lebih-lebih lagi bentuk tubuh badan watak utama perempuan.)

(2) Tiada keterangan berkenaan pakaian watak-wataknya.

Langsung tidak ada keterangan berkenaan pakaian yang dipakai oleh Nabi Yusuf ataupun Siti Zulaikha dan semua watak lain.

(Bandingkan ini dengan cara bagaimana novel-novel cinta menerangkan dengan sangat terperinci pakaian watak-wataknya, lebih-lebih lagi pakaian watak-watak utamanya.)

(3) Tiada ayat naratif yang menerangkan sifat peribadi watak.

Allah tidak menerangkan sifat-sifat peribadi watak-watak dalam surah Yusuf dengan menggunakan ayat naratif. Contoh ayat naratif yang menerangkan peribadi watak adalah: Arif seorang yang sangat sabar dan tabah. Ayat jenis ini tidak ada dalam surah Yusuf.

Sebaliknya, bagi menerangkan sifat-sifat watak, Allah menggunakan kata-kata sifat dalam dialog-dialog watak-wataknya.

(Bandingkan ini dengan bagaimana pengarang novel-novel cinta menerangkan sifat-sifat peribadi watak-watak mereka dalam ayat naratif.)

(4) Tiada ayat naratif yang menerangkan fikiran dan perasaan watak.

Contoh ayat naratif yang menerangkan fikiran dan perasaan watak adalah: Meskipun Leha sudah menjangka Sudin tidak akan mahu mengalah kepada pujuk rayunya, namun dia tetap amat kecewa. Ayat jenis ini tidak ada dalam surah Yusuf.

(Bandingkan ini dengan bagaimana pengarang novel-novel cinta menerangkan fikiran dan perasaan watak-watak mereka dalam ayat naratif.)

Teknik (3) dan (4) adalah sangat berlainan daripada amalan para penulis novel konvensional.

Nota: Di PTS, latihan teknik (3) dan (4) diberi tekanan bagi penulis yang terlibat dalam program penulisan kreatif.

.

.

Friday, December 08, 2006

Menulis Novel Cinta yang Indah

Sastera Islami aliran surah Yusuf menerima genre novel cinta berdasarkan fakta bahawa tema cinta adalah salah satu tema utama dalam surah Yusuf.

Justeru menulis novel cinta dapat menjadi ibadah. Maka, dari sudut pandang teori sastera Islami aliran surah Yusuf, tidak timbul isu apakah genre novel cinta itu layak diterima sebagai sastera ataupun bukan sastera.

Isunya sekarang, apakah ciri-ciri ‘cinta’ yang menjadi unsur keindahan dalam sebuah kisah cinta yang indah berdasarkan sudut pandang Quran.

Ada beberapa unsur cinta yang lain daripada yang lain dalam kisah Nabi Yusuf.

Meskipun Allah sendiri mengatakan bahawa kisah Nabi Yusuf itu adalah kisah yang ‘paling indah’, namun cinta yang diceritakan dalam surah ini lazimnya tidak dianggap cinta yang indah dalam tradisi kisah-kisah cinta konvensional.

Cinta yang berlaku dalam surah Yusuf adalah:

(1) Cinta itu adalah cinta seorang perempuan dewasa yang berhati kejam.

(2) Ia cinta terlarang, cinta seorang isteri curang, cinta seorang ibu angkat ke atas anak angkatnya sendiri.

(3) Ia bukan cinta inosen teruna-dara, bukan cinta tulus suci, bukan cinta penuh pengorbanan.

(4) Ia cinta yang tidak kesampaian, bukan cinta yang berakhir dengan perkahwinan dan kebahagiaan.

(5) Ia cinta yang berubah menjadi dendam, yang klimaksnya adalah penganiayaan yang dilakukan oleh si pecinta ke atas yang dicinta.

(6) Ia kisah seorang teruna mempertahankan kesucian dirinya daripada eksploitasi nafsu seorang perempuan kaya yang ternama, bukan sebaliknya.

(7) Ia kisah perempuan dewasa tergila-gilakan lelaki muda teruna, bukan sebaliknya.

Para penganut teori-teori sastera konvensional akan mengatakan 7 ciri cinta dalam kisah Nabi Yusuf ini adalah bahan-bahan yang hanya layak ditulis oleh pengarang-pengarang novel picisan, novel cabul, alias novel sampah sahaja.

Tujuh ciri cinta pada surah kisah Nabi Yusuf itu akan dikatakan hanya membawa segala macam kerosakan ke atas minda pembaca, justeru tidak selayaknya diiktiraf sebagai cerita yang bermutu sastera.

Namun, begitulah ciri-ciri materi cinta yang diperkisahkan dalam surah Yusuf oleh Allah Taala.

Allah jualah yang lebih mengetahui.

.

.

Surah Yusuf dan Warkah Cinta

Apakah hukumnya apabila novelis Muslim menulis kisah-kisah cinta yang di dalamnya diselitkan dengan warkah-warkah cinta dan puisi-puisi cinta?

Isu ini perlu dibincangkan oleh ulamak-ulamak sastera Islami. Kita, baik penerbit, editor mahupun penulis, semuanya memerlukan panduan piawai ISO bagi novel-novel cinta yang layak dikategorikan sebagai novel cinta yang HALAL dibaca.

Tema cinta dibenarkan dalam sastera Islami berdasarkan hujah nas bahawa cinta adalah salah satu tema dalam kisah Nabi Yusuf. Dalam kisah Nabi Yusuf, cinta itu adalah cinta seorang perempuan yang sudah menjadi isteri orang kepada lelaki lain.

Selain itu terdapat pula dalam al-Quran kisah cinta Nabi Adam kepada Hawa, begitu juga ada kisah cinta Nabi Sulaiman kepada Ratu Balqis. Juga cinta Nabi Ibrahim kepada Siti Hajar, isteri keduanya.

Isunya sekarang, teknik-teknik dan ayat-ayat yang bagaimana yang dibenarkan dalam novel cinta Islami, dan teknik-teknik serta ayat-ayat yang bagaimana yang tidak dibenarkan?

Dalam surah Yusuf, tidak ada surat cinta dituliskan oleh isteri al-Aziz kepada Nabi Yusuf. Dalam kisah cinta Nabi Adam, Nabi Sulaiman dan Nabi Ibrahim juga tidak disebutkan mereka menulis surat cinta. Adakah ini bermakna dalam novel cinta Islami pengarang tidak dibenarkan memasukkan warkah-warkah cinta?

Bagaimana pula isu menuliskan puisi-puisi cinta? Apakah ia dibenarkan ataupun tidak.

Ayat-ayat al-Quran adalah ayat-ayat yang mempunyai ciri-ciri puitis. Justeru, ayat-ayat yang diucapkan oleh isteri al-Aziz kepada Nabi Yusuf adalah ayat-ayat yang puitis sifatnya. Apakah ini bermakna puisi cinta dibenarkan diselitkan dalam novel cinta Islami?

.

Tuesday, November 28, 2006

Surah Yusuf dan Sastera Syariah-Compliant

Sekian lama kita membincangkan konsep sastera Islami dengan menggunakan istilah “Sastera Islam”. Penggunaan istilah sastera Islam menyebabkan timbulnya lebih banyak masalah daripada menyelesaikan masalah.

Masalah yang paling panas dibincangkan adalah polemik yang tak habis-habisnya adalah polemik tentang definisi teknikal apa itu yang dikatakan karya sastera Islam.

(a) Ada yang mengatakan sastera Islam mesti ditulis oleh orang beragama Islam sahaja.

Maka timbul isu bagaimana status sastera agung dunia yang ditulis oleh orang bukan Islam yang kandungannya tidak bertentangan dengan Islam. Apakah Islam menolak khazanah itu sebagai khazanah yang bermanfaat dibaca oleh orang Islam?

Juga bagaimanakah status karya-karya yang ditulis sebelum si penulis masuk Islam, ataupun sebelum si penulis keluar Islam.

(b) Ada yang mengatakan karya sastera Islam mesti ditulis dengan adanya NIAT mahu menulis kerana Allah semata-mata.

Maka timbul isu bagaimanakah kriteria ini dapat dipastikan kerana isu niat si penulis adalah sesuatu yang hanya diketahui oleh yang empunya diri. Bagaimana mungkin seseorang itu mengetahui apa niat individu lain.

Juga, niat yang betul tidak menjamin karya yang dihasilkan itu Islamik.

(c) Ada yang mengatakan karya sastera Islam mestilah kandungannya dengan terang dan jelas selaras dengan worldview Islam.

Maka timbul masalah kekaburan tentang kriteria keselarasan kandungan karya dengan worldview Islam. Sebagai contoh, bagaimanakah status karya yang bertemakan worldview Syiah, apakah ia dapat diterima sebagai sastera Islam dalam konteks masyarakat yang anti-syiah?

Sementara tokoh-tokoh sastera terus ghairah berpolemik, ketiga-tiga isu di atas mempunyai implikasinya ke atas (a) dasar penerbitan dan (b) dasar editorial sesebuah penerbit seperti PTS FORTUNA Sdn. Bhd. yang fokus pada penerbitan karya sastera Islami.

Dasar penerbitan

Dasar ini menentukan apa yang boleh diterbitkan dan apa yang tidak boleh diterbitkan oleh penerbit. Dasar ini sebenarnya adalah dasar perniagaan sesebuah syarikat penerbitan berkenaan jenis-jenis produk yang diperdagangkannya.

Dasar penerbitan menentukan karya yang ditulis oleh siapa, dan karya yang bagaimana isi kandungannya, yang boleh diterbitkan dan yang tidak boleh diterbitkan oleh PTS FORTUNA.

Disebabkan adalah dasar penerbitan PTS bahawa ia hanya menerbitkan buku-buku yang sesuai dengan Islam, jikalau apa yang didefinikan sebagai ’sastera Islam’ itu semestinya ditulis oleh orang Islam, ini bermakna PTS tidak akan menerbitkan terjemahan sastera dunia seperti karya Shakespeare dan Sherlock Holmes.

Sebagai contoh sahaja… dasar penerbitan yang tidak konkrit, dapat mencetuskan konflik pahit antara PTS dengan pengarang Cina yang menghantar novelnya, konon atas hujah pengarang itu bukan Islam. (Nanti jika dia sudah masuk Islam, barulah karyanya diterbitkan!)

Dasar editorial

Dasar ini menentukan kuasa-kuasa dan akauntabiliti para editor PTS FORTUNA apabila menyediakan sesebuah manuskrip bagi penerbitan.

Dasar ini menentukan unsur-unsur yang mesti ditukar, ataupun dipotong dan dibuang oleh editor PTS sebelum sesebuah manuskrip itu diterbitkan.

Dasar editorial yang tidak konkrit juga dapat mencetuskan konflik pahit dan personal dengan penulis yang tidak puas hati dengan penerbit yang meminda manuskrip asal.

Justeru, dalam operasi hariannya, PTS FORTUNA menggunakan manual editorial yang digubal berdasarkan konsep dan istilah “sastera syariah-compliant”. Istilah ini adalah istilah legal. Ia menyenaraikan unsur-unsur yang tidak boleh ada dalam sesuatu manuskrip yang bakal diterbitkan.

Konsep sastera syariah-compliant adalah konsep yang amat teknikal. Konsep ini memisahkan antara ‘creator’ yakni sang pencipta daripada ‘creation’ yakni ciptaannya.

Konsep sastera syariah-compliant itu difokuskan pada produk, yakni pada karya, bukan pada karyawan.

Konsep “syariah-compliant” diamalkan dalam industri makanan dan perbankan. Justeru sijil HALAL, suatu dokumen perakuan rasmi bahawa sesuatu produk itu syariah-compliant, diberikan kepada produk, bukan kepada pencipta produk.

Dengan meminjam konsep dan istilah “syariah-compliant” daripada industri makanan dan perbankan, maka PTS dapat mengamalkan dasar penerbitan yang membolehkan ia menerbitkan karya Shakespeare dan Sherlock Holmes.

Bagi mendapatkan kriteria teknikal ciri karya yang syariah-compliant, buat masa ini PTS menggunakan surah Yusuf sebagai rujukan, sehingga kita berjaya mengembangkan lagi teori dan teknik penulisan kreatif berdasarkan kajian yang lebih luas dan mendalam ke atas teks al-Quran.

Allah jualah yang maha mengetahui.

.

.

Surah Yusuf dan Kritikan Sastera Barat

Para pengkritik sastera daripada aliran Barat lazimnya menolak cara menulis novel yang memasukkan ciri-ciri yang memudahkan sesebuah novel itu diadaptasikan menjadi filem. Malah mereka mengatakan pemikiran yang demikian hanya layak ada pada penulis-penulis novel popular yang karya mereka tidak bertaraf sastera.

Justeru, adalah menjadi prinsip pegangan para pengkritik sastera aliran Barat bahawa novel yang bertaraf sastera tidak selayaknya dihasilkan dengan ingatan novel itu dapat difilemkan dengan mudah dan berkesan.

Bebas daripada mindset kritik sastera aliran Barat, yakni tanpa memikirkan faktor filem sama sekali dalam proses penulisannya, para penulis novel Islami yang menggunakan teknik-teknik penulisan dalam surah Yusuf dengan sendirinya menghasilkan novel yang mudah dituliskan, mudah diadaptasikan bukan hanya ke media filem, malah mudah di-telenovela-kan, mudah dianimasikan, mudah dinovel-grafikkan, mudah dijadikan skrip drama radio, mudah dipentaskan dan mudah di-abridge-kan.

Penulis novel popular bukan Islam memasukkan unsur-unsur adaptasi filem atas dorongan kewangan bagi mempelbagaikan sumber royalti yang mereka terima daripada karya mereka.

Namun, bagi penulis novel Islami aliran surah Yusuf, mereka bukan menulis demi filem mahupun royalti. Mereka juga bukan menulis dengan agenda mahu menghasilkan novel yang bertaraf ’sastera’ ataupun ‘bukan sastera’ ataupun ‘novel popular’.

Mereka menghasilkan novel dengan menggunakan teknik-teknik dalam surah Yusuf sebagai ibadah, yakni didorong oleh keyakinan religius mereka bahawa dalam al-Quran itu terdapat sumber teori sastera Islami dan panduan teknik penulisan kreatif.

Sebanyak mana mereka menggunakan teknik-teknik dalam surah Yusuf, itu adalah berkait dengan kemahiran dan penguasaan seseorang penulis ke atas teknik-teknik itu.

Jika kritikan sastera aliran Barat nanti mengkategorikan novel-novel Islami aliran surah Yusuf sebagai tidak bernilai sastera disebabkan novel-novel itu mempunyai ciri-ciri yang memudahkan ia difilemkan, maka penilaian mereka bukan endorsement yang dimahukan oleh novelis Islami aliran Surah Yusuf.

Allah jualah yang lebih mengetahui mengapa teknik-teknik penceritaan dalam surah Yusuf itu secara natural menghasilkan novel-novel yang mudah diadaptasikan ke dalam berbagai media.

.

.

Dari Novel ke Filem

Salah satu ciri novel yang ditulis supaya mudah diadaptasikan kepada filem adalah ciri perkembangan plotnya yang laju.

Sesetengah novel perlahan dibaca, manakala sesetengah novel laju dibaca. Novel yang ditulis dengan filem dalam kepala pengarangnya mempunyai ciri laju dibaca, selaju filem ditonton.

Sebagai penulis baru, saudara mungkin bertanya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah novel itu perlahan ataupun cepat dibaca.

Faktor-faktor itu adalah:


1. Dialog lebih laju dibaca daripada naratif.

Semakin banyak dialog, semakin laju novel itu dibaca. Semakin banyak teks naratif, semakin perlahan novel itu dibaca. Kisah Nabi Yusuf disampaikan menggunakan lebih 80% dialog. Ini adalah peratusan yang sangat tinggi.

Semakin banyak dialog dalam novel asal, semakin mudah dialog itu dikekalkan dalam filem.


2. Dialog pendek lebih laju dibaca daripada dialog panjang.

Lebih pendek dialog itu, lebih laju ia dibaca. Dialog yang pendek juga lebih mudah dilakonkan dalam filem. Dalam Surah Yusuf, 50% dialog terdiri daripada dialog 1 ayat.


3. Bukan semua teks naratif perlahan dibaca.

(a) Teks naratif yang dihasilkan oleh pengarang omnipotent adalah lebih perlahan dibaca daripada yang bukan. Istilah ‘omnipotent’ bermakna ‘maha berkuasa’ ataupun ‘maha tahu’. Pengarang omnipotent menggunakan banyak kata sifat (adjectives) dalam naratif.

Teks naratif jenis ini disebut teks TELLING. Teks naratif TELLING sukar diadaptasikan ke dalam filem kerana ia sukar dilakonkan.

Gaya naratif TELLING bukan gaya bahasa surah Yusuf.

(b) Teks naratif yang bersifat SHOWING lebih laju dibaca. Teks jenis ini ditulis oleh pengarang yang tidak bersikap omnipotent. Pengarang bukan omnipotent banyak menggunakan kata nama dan kata kerja (nouns and verbs) dalam naratif.

Teks naratif SHOWING mudah diadaptasikan ke dalam novel kerana ia mudah dilakonkan. Gaya bahasa TELLING adalah gaya bahasa surah Yusuf.

Belajar menulis novel yang mudah difilemkan banyak manfaatnya. Pertama, apabila filem itu menerima sambutan hangat, jualan novelnya naik.

Kedua, mesej murni dalam novel asal dapat disebarkan dengan lebih luas sebab bukan semua orang suka membaca. Banyak orang suka menonton filem dan televisyen.

Ketiga, novel-novel itu membantu perkembangan industri filem yang sihat. Keempat, penulis mendapat dua sumber royalti, daripada buku dan daripada filem.


.

.

Surah Yusuf dan Teori Sastera Moralistik

Dari sudut pandang etika kerja Islami, baik pengarang mahupun penterjemah, kedua-dua profesion ini sama-sama tidak dibenarkan menghasilkan karya-karya yang mengandung unsur-unsur yang membahayakan akhlak masyarakat.

Justeru, apa yang tidak dibenarkan wujud dalam karya sastera Islami aliran surah Yusuf adalah juga tidak dibenarkan dalam karya terjemahan.

Babak asmara tidak dibenarkan dituliskan secara direct dalam karya sastera Islami, maka babak asmara juga tidak dibenarkan diimpot secara direct melalui karya terjemahan.

Prinsip etika ini mengundang polemik dan kontroversi keras antara pengarang karya asal dengan penterjemah.

Namun prinsip etika ini juga sangat memudahkan kerja para penerbit Islami dalam isu mengenal pasti karya-karya yang dibenarkan diterjemah dan diperdagangkan, dengan yang tidak dibenarkan.

Berdasarkan prinsip ini, penerbit terlebih dahulu menetapkan apakah sesebuah karya itu mempunyai ciri-ciri syariah-compliance ataupun tidak, sebelum memilih buku itu bagi diterjemahkan.

Ini berbeda sekali dengan teori terjemahan konvensional yang a-religius dan a-moral sifatnya. Dalam dewan kuliah teori terjemahan konvensional, pensyarah terus mengajarkan teknik-teknik terjemahan dengan tidak mengajarkan etika moral profesion penterjemahan.

Justeru, sebelum seseorang itu belajar teknik-teknik terjemahan, dia wajib belajar teori sastera Islami aliran surah Yusuf, kerana teknik-teknik terjemahan Islami adalah by-product teori sastera Islami aliran surah Yusuf.

Tidak seperti teori sastera konvensional yang a-moral, teori sastera Islami aliran surah Yusuf, justeru teori terjemahan Islami, adalah sangat moralistik sifatnya.

Tanpa memahami konsep-konsep dalam teori induknya, pelajar terjemahan sukar memahami dan mengaplikasikan prinsip-prinsip dan teknik-teknik terjemahan Islami.

.

.

Surah Yusuf dan Teori Terjemahan Barat

Pelajar subjek terjemahan di negara ini selama ini diindoktrinasi oleh pensyarah mereka supaya menerima dengan tanpa soal setiap satu daripada apa yang ada dalam senarai nilai etika, prinsip dan teknik-teknik teori terjemahan ciptaan mubaligh-mubaligh dan profesor-profesor Barat (baca Eropah-Kristian).

Saya katakan ‘Kristian’ sebab sememangnya latar belakang para pelopor dan pendiri teori-teori terjemahan yang diajarkan di pusat-pusat pengajian tinggi hari ini adalah mubaligh-mubaligh Kristian. Mereka mencipta teori-teori bagi membantu aktiviti penterjemahan Bible ke dalam bahasa-bahasa dunia.

Prinsip yang paling utama dalam semua teori terjemahan konvensional adalah “bentuk lawan isi” yang mengatakan bahawa bentuk boleh diubah tetapi isi tidak boleh diubah sama sekali.

Dengan latar belakang bahawa teori-teori itu dibangunkan sebagai panduan para penterjemah Bible, maka tentu sekali prinsip “bentuk boleh diubah tetapi isi mesti dikekalkan” menjadi prinsip yang betul bagi penterjemahan Bible.

Tetapi prinsip ini sekarang diajarkan kepada pelajar terjemahan sebagai prinsip yang mesti dipegang bagi SEMUA jenis terjemahan!

Bacalah karya-karya terjemahan sastera Barat dalam Bahasa Melayu (dan Indonesia) sebagai contoh, maka dapat dilihat bagaimana para penterjemah kita menganuti prinsip “bentuk lawan isi” itu dengan taat sekali, tanpa ragu, tanpa sangsi, seolah-olah prinsip-prinsip ciptaan para mubaligh Kristian itu adalah prinsip-prinsip kudus yang diturunkan dari langit!

Dengan menganuti prinsip “ISI mesti dikekalkan dalam semua jenis terjemahan”, ini bermakna si penterjemah telah membenarkan budaya bahasa penerima ditakluki oleh budaya bahasa sumber.

Justeru, walau apa sekalipun “ISI” yang terkandung dalam karya asal, yakni apakah ISI itu selaras ataupun tidak dengan nilai-nilai budaya bahasa penerima, apakah isi itu berupa sampah sarap budaya mungkar dalam bahasa sumber, ISI itu tetap dipindahkan ke dalam terjemahan Melayunya.

Jelas sekali, teori terjemahan konvensional itu sentrik budaya sumber! Ia tidak memberi hak membuat pilihan kepada bahasa penerima. Nah! Inilah mazhab teori terjemahan yang diindoktrinasikan ke atas minda pelajar-pelajar kursus terjemahan tanah air saat ini.

Di manakah “independence of mind” dan “freedom of knowledge” kita sehingga pakar-pakar teori terjemahan tanah air tidak melakukan penilaian ke atas validiti ilmu terjemahan yang diasaskan oleh mubaligh-mubaligh Kristian, dalam konteks bahasa dan budaya kita?

Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok: Apakah Islam tidak mempunyai sumber-sumbernya sendiri bagi membangunkan etika dan teori-teori terjemahan yang syariah-compliant?

Jawapannya: Ada. Seluruh dialog dalam surah Yusuf adalah dialog yang diterjemahkan oleh Allah SWT sendiri, daripada bahasa Yahudi dan bahasa Mesir Kuno ke dalam bahasa Arab.

Nabi Yusuf itu adalah bangsa Yahudi yang tinggal di Palestina, justeru dalam kehidupannya yang sebenar, beliau bercakap menggunakan bahasa itu. Manakala Raja Mesir menuturkan bahasa Mesir Kuno. Semua percakapan mereka dalam bahasa Yahudi dan Mesir Kuno itu diterjemahkan oleh Allah ke dalam bahasa Arab dalam surah Yusuf.

Dalam memilih dialog-dialog yang diterjemahkan, dialog-dialog yang dipilih oleh Allah itu mencerminkan prinsip-prinsip berkenaan unsur-unsur yang boleh diterjemahkan dan yang tidak boleh diterjemahkan dalam sesebuah cerit.




Friday, November 24, 2006

Novel Cinta dan Blue Ocean

Buku strategi bisnes BLUE OCEAN STRATEGY berguna bagi para penulis dan penerbit. Buku ini memberitahu kita tentang salah satu kesilapan yang sering kali dilakukan oleh orang bisnes.

Kesilapan itu adalah jenis strategi ‘ikut-ikutan’. Kesilapan jenis ini sering kali dilakukan oleh pemain-pemain baru.

Ambil sebagai contoh kes novel cinta. Sektor novel cinta sudah bertaraf Red Ocean. Ada dua jerung besar di dalamnya, iaitu ALAF dan CREATIVE.

Apabila Creative dan ALAF21 berjaya membuka pasaran novel cinta, maka banyaklah pemain baru ikut terjun ke dalam sektor novel cinta.

Antara pemain baru itu adalah penerbit lama seperti Utusan, Times dan Rythm! Jangan sebutlah nama-nama penerbit novel cinta yang baru muncul yang lebih banyak jumlahnya.

Macam belum cukup, ada pula pengedar novel cinta yang gagah perkasa pun ikut masuk menjadi penerbit halimunan. Pengedar bertaraf jerung itu membayar kos percetakan novel-novel cinta yang ditulis oleh novelis cinta yang sudah senior dan diterbitkan oleh syarikat baru muncul milik penulis itu.

Demikian juga halnya dengan kesilapan ramai penulis baru. Beratus-ratusan penulis baru, majoritinya perempuan, ikut menulis novel-novel cinta dan menghantarkan manuskrip mereka ke Alaf21 dan Creative. 99% manuskrip mereka ditolak dengan sebelah mata disebabkan tidak bermutu.

Seperti yang dikatakan dalam buku Blue Ocean Strategy, ada 2 wilayah lautan, yakni wilayah pasaran.

Lautan Red Ocean dikatakan ‘red’ sebab air lautan itu sudah merah oleh darah akibat para jerung yang penuh sesak di dalamnya luka-luka cuba memakan satu sama lain.

Dalam bahasa bisnes, banyak penerbit novel cinta ikut-ikutan yang ‘terbakar tangannya’. Dalam mengejar untung besar, langsung kerugian yang dialami.

Justeru buku BOS ini mengajar kita supaya jangan masuk ke dalam wilayah Red Ocean, sebaliknya masuklah wilayah Blue Ocean, yakni kita menjadi jerung yang berenang dalam lautan yang airnya masih biru.

Biarlah ALAF21 dan Creative menjadi jerung novel cinta. Times, Utusan dan Rythm yang cuba masuk lautan itu pun gagal memakan Alaf21 dan Creative. Punca kegagalan mereka adalah persepsi.

Peminat novel cinta percaya novel-novel cinta yang diterbitkan oleh Times, Utusan dan Rythm tentu sudah ditolak oleh Alaf21 dan Creative!

Dalam kategori buku motivasi, perkara yang serupa berlaku. PTS menerima banyak proposal daripada penulis baru yang hendak menulis buku motivasi, khususnya motivasi pandai belajar dan pandai menjawab kertas peperiksaan.

Pasaran buku motivasi pelajar cemerlang sudah bertaraf Red Ocean. Sudahlah! Air laut di situ sudah merah!

Tulislah buku motivasi bisnes. Di situ airnya masih biru!
.

.

Apa Lainnya Novel PTS

Berkali-kali kita ditanya: “Apa lainnya novel-novel terbitan PTS FORTUNA?”

Maka inilah jawapan kita:

Sebagai strategi bisnes, PTS tidak boleh masuk pasaran fiksyen dengan tidak menawarkan produk-produk yang unik, yang tidak berbeda daripada produk-produk sedia ada dalam pasaran.

Seandainya novel-novel PTS serupa dengan novel-novel DBP, ataupun ALAF21 ataupun CREATIVE, kita akan masuk wilayah ‘red ocean’, yakni ranah pasaran lama yang sudah penuh sesak dengan pemain-pemain lama.

Dengan menerbitkan novel-novel jibunsyi yang ditulis menggunakan teknik surah Yusuf, PTS mencipta wilayah ‘blue ocean’, yakni PTS meneroka dan membuka ranah pasaran baru, di mana selain PTS tidak ada pemain lain dalam ranah baru itu.

Justeru, dalam pasaran novel jibunsyi, yang ada hanya novel-novel terbitan PTS! Sesiapa yang mahu membaca jibunsyi Melayu, mereka tiada pilihan lain kecuali membaca jibunsyi dari PTS FORTUNA.

Dengan menggunakan strategi blue ocean, novel-novel jibunsyi PTS tidak akan bersaing dengan novel-novel terbitan DBP, ALAF21 ataupun CREATIVE.

Inilah strategi bisnes PTS. Dengan menerbitkan novel-novel jibunsyi Islami, PTS tidak mempunyai pesaing!

Strategi blue ocean mengajar kita supaya jangan menjual kepada pelanggan yang ada, sebaliknya, jual kepada bukan pelanggan.

Justeru, PTS tidak mentargetkan jualan novel-novel jibunsyinya kepada pembaca novel-novel cinta. Sebaliknya jualan jibunsyi PTS adalah ditargetkan kepada mereka yang selama ini tidak membaca novel!

Sekiranya selepas ini akan ada penerbit lain ikut menawarkan jibunsyi, automatis PTS akan menjadi pesaing mereka. Justeru, mereka perlu mem-benchmark kualiti jibunsyi yang mereka terbitkan dengan kualiti jibunsyi PTS.

Pada waktu penerbit ikut-ikutan itu sibuk menganalisis di mana kekuatan dan kelemahan jibunsyi PTS dengan niat mahu mengalahkan kualiti PTS, pada waktu itu PTS sudah membuka ranah baru lagi!

.

.

Apa Lainnya Novel PTS

Berkali-kali kita ditanya: “Apa lainnya novel-novel terbitan PTS FORTUNA?”

Maka inilah jawapan kita:

Sebagai strategi bisnes, PTS tidak boleh masuk pasaran fiksyen dengan tidak menawarkan produk-produk yang unik, yang tidak berbeda daripada produk-produk sedia ada dalam pasaran.

Seandainya novel-novel PTS serupa dengan novel-novel DBP, ataupun ALAF21 ataupun CREATIVE, kita akan masuk wilayah ‘red ocean’, yakni ranah pasaran lama yang sudah penuh sesak dengan pemain-pemain lama.

Dengan menerbitkan novel-novel jibunsyi yang ditulis menggunakan teknik surah Yusuf, PTS mencipta wilayah ‘blue ocean’, yakni PTS meneroka dan membuka ranah pasaran baru, di mana selain PTS tidak ada pemain lain dalam ranah baru itu.

Justeru, dalam pasaran novel jibunsyi, yang ada hanya novel-novel terbitan PTS! Sesiapa yang mahu membaca jibunsyi Melayu, mereka tiada pilihan lain kecuali membaca jibunsyi dari PTS FORTUNA.

Dengan menggunakan strategi blue ocean, novel-novel jibunsyi PTS tidak akan bersaing dengan novel-novel terbitan DBP, ALAF21 ataupun CREATIVE.

Inilah strategi bisnes PTS. Dengan menerbitkan novel-novel jibunsyi Islami, PTS tidak mempunyai pesaing!

Strategi blue ocean mengajar kita supaya jangan menjual kepada pelanggan yang ada, sebaliknya, jual kepada bukan pelanggan.

Justeru, PTS tidak mentargetkan jualan novel-novel jibunsyinya kepada pembaca novel-novel cinta. Sebaliknya jualan jibunsyi PTS adalah ditargetkan kepada mereka yang selama ini tidak membaca novel!

Sekiranya selepas ini akan ada penerbit lain ikut menawarkan jibunsyi, automatis PTS akan menjadi pesaing mereka. Justeru, mereka perlu mem-benchmark kualiti jibunsyi yang mereka terbitkan dengan kualiti jibunsyi PTS.

Pada waktu penerbit ikut-ikutan itu sibuk menganalisis di mana kekuatan dan kelemahan jibunsyi PTS dengan niat mahu mengalahkan kualiti PTS, pada waktu itu PTS sudah membuka ranah baru lagi!

.

.

Rangkaian RYTHM Mengecut

Ini berita terbaru dari dunia book-trade dalam negeri.

Rangakaian kedai buku RYTHM kini sedang mengecut apabila 7 buah cawangannya di Johor, sebuah di Melaka dan sebuah lagi di Kedah, ditutup.

Pada waktu yang sama rangakaian MPH akan membuka 3 cawangan baru di Sarawak. Rangakaian POPULAR pula adalah rangkaian paling banyak outlet sekarang dan paling agresif membuka cawangan baru.

Mengapakah RYTHM mengecut manakala rangkaian lain berkembang?

Cawangan RYTHM adalah cawangan francais, manakala rangakaian lain seperti MPH, POPULAR dan BORDERS membuka cawangan mereka sendiri.

Jika saudara mempunyai sedikit modal, saudara boleh memohon francais RYTHM yang dikendalikan dengan dukungan PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Bhd, anak syarikat PNB) di mana PUNB akan memberikan pinjaman modal sekitar RM300 ribu kepada usahawan yang dipilih.

Skim PUNB ini menyebabkan banyak pemegang francais RYTHM terdiri daripada individu-individu Melayu yang tidak mempunyai bakat berniaga, setakat pandai menyediakan kertas proposal bisnes, tetapi disebabkan banyak faktor-faktor non-bisnes, mereka tetap diberikan dukungan pinjaman oleh PUNB.

Apabila cawangan RYTHM ditutup, para penerbit sakit, sebab buku-buku penerbit yang ada dalam dalam kedai cawangan itu dipulangkan sebagai buku return.

Apakah kesannya kepada penulis apabila RYTHM tutup cawangan?

Royalti buku-buku dalam cawangan itu sudah dibayar kepada penulis tahun ini. Apabila buku-buku itu di-return, jumlah royalti yang sudah dibayar itu akan di-debit daripada kiraan royalti penulis daripada akaun tahun akan datang.



Mengapa Novel Remaja PTS Menggunakan BM Tinggi

Novel-novel remaja terbitan PTS ONE menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT), sedangkan dalam dunia realiti, tidak ada kanak-kanak dan remaja yang bertutur menggunakan BMT dalam percakapan harian mereka.

Ada beberapa faktor yang diambil kira sewaktu PTS menggubal dasar editorialnya:

1. Novel-novel remaja PTS ONE ditargetkan kepada pasaran perpustakaan sekolah rendah dan menengah. Oleh itu bahasa dalam novel-novel itu mesti mematuhi sistem ejaan dan tatabahasa DBP.

2. Selain ditargetkan kepada ibu bapa Melayu, novel-novel remaja PTS juga ditargetkan kepada ibu bapa bukan Melayu yang membelikan bahan-bahan bacaan tambahan bagi membantu anak-anak mereka meningkatkan prestasi pelajaran Bahasa Melayu mereka dalam peperiksaan.

3. Model kanak-kanak bercakap menggunakan bahasa tinggi diambil daripada surah Yusuf, di mana semasa Nabi Yusuf masih kecil beliau bercakap kepada ayahandanya menggunakan bahasa tinggi.

Dasar editorial PTS berpegang pada prinsip bahawa PTS bukan hanya menerbitkan buku-buku cerita demi membuat untung biarpun buku-buku itu merosakkan bahasa golongan remaja.

Perjuangan PTS adalah menerbitkan buku-buku bacaan pengkayaan yang isinya baik bagi remaja, manakala pada waktu yang sama buku-buku itu membantu kerja guru-guru bahasa.

.

.

Bagaimana Menjual Buku ke Perpustakaan Negara

Bagi saudara yang hendak menjadi penerbit ataupun pengedar buku, saudara mungkin belum tahu bagaimana caranya saudara dapat membekalkan buku-buku saudara ke perpustakaan desa di seluruh negara.

Termasuk di bawah senarai Perpustakaan Desa adalah semua perpustakaan yang berada di luar bandar yang ditadbirkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS, kerajaan negeri dan jabatan-jabatan kerajaan.

Sehingga saat ini jumlah PD yang sudah beroperasi adalah 800 buah. Pada 2007, 200 buah lagi dijangka akan siap dibina dan beroperasi, menjadikan jumlahnya 1000 buah.

Semua pembelian untuk perpustakaan desa dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Jadi saudara perlu mendaftar sebagai kontraktor kerajaan sebelum layak menjadi pembekal kepada PNM.

Langkah pertama, saudara mesti mendaftarkan syarikat sendirian berhad yang dengan jelas adalah sebuah syarikat berkenaan bisnes buku.

Langkah kedua, saudara mendaftarkan syarikat saudara itu sebagai kontraktor kerajaan. Ada sijilnya.

Langkah ketiga, saudara mendaftarkan syarikat saudara itu sebagai bertaraf syarikat Bumiputera. Ada sijilnya.

Ada Persatuan Kontraktor Buku Bumiputera (PKBM) dan saudara sebaiknya menjadi ahli persatuan ini.

Semua judul yang dibeli untuk perpustakaan desa dipilih oleh panel penilai PNM. Buku-buku saudara perlu memenuhi kriteria isi kandungan dan ciri-ciri fizikal yang ditetapkan oleh PNM.

Setiap tahun PNM memilih banyak judul PTS untuk PD dan kontraktor-kontraktor yang menang tender PNM membeli judul-judul PTS itu daripada PTS secara langsung ataupun daripada pengedar-pengedar PTS.

Walaupun PTS adalah sebuah penerbit buku yang mempunyai sijil-sijil kementerian kewangan, tetapi PTS tidak pernah masuk tender sebagai kontraktor kepada kerajaan. Ini adalah dasar perniagaan PTS.

Banyak pengedar PTS adalah kontraktor kerajaan. Biarlah mereka yang masuk tender. Kita cari makan sama-sama, biarlah kita makan pun bersama-sama. Kontraktor jual buku kepada PNM. PTS jual buku kepada kontraktor.

Kalau PTS ikut masuk tender, PTS mampu memberi diskaun sehingga 30% kepada PNM. Pengedar takkan mampu memberi diskaun sebanyak itu sebab mereka sendiri mendapat 30% diskaun dari PTS! Mereka hendak makan apa?

Justeru, apa bezanya kalau PTS masuk tender ataupun tidak? Dari sudut nilai jualan, tidak ada bezanya.

Tetapi ada beza besar, iaitu dari sudut menjaga hubungan baik dan kepercayaan semua pengedar buku-buku PTS. Mereka tahu dan yakin bahawa PTS bukan sebuah penerbit yang tamak.

.

.
.

Kredit Kontrol

Pengurusan risiko adalah sangat penting bagi orang bisnes. Banyak bisnes bankrap disebabkan kita terlampau hendak menjual lalu kita jual, jual, jual. Kemudian kita tidak dapat mengutip hutang.

Adakah saudara penerbit baru? Hati-hati dengan apa yang disebut credit control.

Salah satu mentaliti orang yang baru membuka bisnes adalah dia sangat yakin apa yang dijual akan dapat dikutip hutangnya. Akibatnya dia langsung tidak mengamalkan apa yang disebut kredit kontrol.

Apabila hendak melaksanakan dasar-dasar kredit kontrol, perkara yang paling penting saudara mesti tahu adalah berapa banyak kredit yang saudara sanggup berikan kepada agen dan pengedar. Jangan main beri sahaja, meskipun pengedar itu pengedar besar dan terkenal.

Apabila saudara sudah tetapkan jumlah kredit itu, pastikan jangan langgar jumlah tersebut. Ada masanya salesman saudara diam-diam melanggar jumlah itu disebabkan dia hendak mencapai target jualannya.

Jadi setiap minggu saudara mesti semak data kredit setiap agen saudara bagi memastikan jumlah yang ditetapkan dipatuhi.

Kedua, tetapkan apakah saudara perlu meminta cagaran seperti deposit. Penerbit-penerbit besar lazimnya meminta deposit. Kalau saudara masih kecil, ini sukar dilaksanakan sebab pengedar takkan mahu membayar deposit.

Saudara perlu melantik seorang pegawai kredit. Tugasnya adalah menguruskan kredit syarikat. Dialah yang kerjanya menagih hutang, justeru telinganya mesti tebal.

Pegawai kredit sangat digeruni (baca, dibenci) oleh agen dan pengedar! Dia berkuasa menahan buku daripada dihantar kepada mana-mana agen dan pengedar selagi agen itu tidak menjelaskan hutangnya lebih dahulu.

Di PTS, kedua-dua orang pegawai kreditnya adalah wanita! Hmm….

Jangan serahkan tugas menjual dan mengurus kredit kepada salesman. Salesman bertugas membuat sales. Pegawai kredit memastikan jumlah kredit adalah terkawal.

Apabila agen saudara tidak membayar hutang, hantar surat peringatan: surat pertama, kedua dan ketiga. Selepas itu baru hantar surat peguam. Prosedur ini mesti dilakukan bagi mematuhi peraturan audit dan sekiranya saudara perlu menyeret agen saudara itu ke mahkamah kemudian.

.

.

Mengapa Buku DBP Tiada di Kedai

Di bawah perjanjian penswastaan DBP, DBP adalah penerbit, manakala DAWAMA adalah pengedar dan pencetak tunggal bagi DBP.Dari sudut prinsip bisnes, apabila buku-buku DBP tidak ada di kedai, itu bukan salah DBP, tetapi salah DAWAMA.

Namun DBP tetap ada salahnya. Meskipun DBP sudah lama tahu buku-buku terbitannya tidak ada dalam kedai-kedai utama, DBP tidak mengambil tindakan disiplin ke atas DAWAMA. Ini adalah situasi yang luar biasa.

Tidak ada salahnya DBP melantik SATU pengedar tunggal bagi pasaran dalam dan luar negara. Yang salahnya adalah DBP tidak memonitor prestasi pengedar tunggalnya.

Bisik-bisik yang kita dengar mengatakan pegawai tinggi DBP yang bertanggungjawab memonitor DAWAMA tidak pernah walau satu kali pun turun padang dan pergi menjalankan spot-check di kedai-kedai bagi menyiasat sejauh mana kedai-kedai itu berpuas hati dengan servis khidmat pelanggan DAWAMA.

Dalam amalan bisnes yang baik, penerbit akan segera mengambil tindakan disiplin ke atas pengedar tunggalnya apabila didapati prestasi pengedar itu tidak mencapai target yang diberikan.

Pengurus Besar Jualan sebuah rangakaian kedai buku utama menyatakan rungutannya kepada kita tentang bagaimana susahnya dia hendak mendapatkan buku-buku DBP daripada DAWAMA.

Berkali-kali permintaan dengan menggunakan telefon supaya DAWAMA menghantar buku-buku DBP ke rangakaian kedainya di seluruh negara tidak menghasilkan respons daripada pegawai DAWAMA yang bercakap.

“Dalam satu tahun tidak sekali salesman DAWAMA datang!” kata Pengurus Besar itu.

“Banyak pelanggan datang bertanyakan buku-buku DBP,” katanya lagi. “Kita sudah beritahu DAWAMA, kalau DAWAMA tidak mahu hantar buku, apa kami mahu buat?”

Situasi begini tambah meyakinkan orang ramai bahawa DAWAMA memang tidak berminat mengedarkan buku-buku DBP, sebaliknya hanya berminat mengaut keuntungan besar daripada projek buku-buku teks yang diberikan oleh Kementerian kepada DBP.

Dalam dunia bisnes, memang luar biasa apabila ada kedai buku meminta bekalan buku tetapi pengedar buat pekak!

Keadaan begini hanya berlaku dalam budaya bisnes jabatan kerajaan sedangkan DAWAMA adalah sebuah syarikat swasta.

Memang keuntungan daripada projek buku teks itu sudah cukup besar bagi DAWAMA, sedangkan kerja mengedar dan menjual buku ke kedai-kedai adalah kerja berat dan remeh.

Bagi mengedarkan buku teks, salesman DAWAMA tidak perlu bangun daripada kerusi empuknya, tidak macam kerja mengedarkan buku dari satu pintu kedai ke satu pintu kedai.

Tempoh konsesi buku-buku teks itu adalah selama 12 tahun, baki yang ada tinggal 8 tahun. Gosip pasaran mengatakan DAWAMA sibuk berhempas-pulas meminta supaya konsesi itu dipanjangkan sampai 20 tahun.

Jikalau DAWAMA berjaya mendapat pelanjutan konsesi itu selama 20 tahun lagi, maka buat 20 tahun tahun lagilah akan memburuk semua buku-buku terbitan DBP dalam setor DAWAMA!

Buat apa susah-susah hendak menjual buku DBP sedangkan makan duit buku teks pun salesman DAWAMA sudah gemuk?

Bagi orang ramai pula, kalau hendak membeli buku DBP, tunggulah setahun sekali DAWAMA mengadakan lelong jualan kilangnya!

Kita juga mendengar desas-desus pertunangan merger antara DAWAMA & SASBADI mungkin diputuskan oleh pihak SASBADI disebabkan DAWAMA gagal menunjukkan prestasi target jualan sebagaimana yang dipersetujui dalam MOU mereka.

SASBADI dan DAWAMA berminat kahwin sebab pemegang-pemegang saham DAWAMA dan SASBADI sama-sama mahu cash-in, yakni menuai keuntungan dengan mengapungkan saham DAWAMA/SASBADI di papan pertama BSKL.

Ada pula desas-desus yang mengatakan SASBADI sedang “diurat” oleh seorang jejaka korporat Melayu kayaraya yang sedang mencuba buat kali kedua hendak memasuki pasaran buku-buku bersilabus.

Jejaka korporat itu berminat membeli SASBADI sebab dia pun mahu mengapungkan saham syarikatnya ke Papan Pertama BSKL.

.

.

Apa itu Stock Check

Salah satu tugas eksekutif perkhidmatan pelanggan adalah pergi ke kedai buku bagi menjalankan tugas stock-check atau semak stok.

Stock-check wajib dijalankan secara berjadual. Ia mesti dibuat secara berdisiplin, umpamanya seminggu sekali, 2 minggu sekali ataupun 1 bulan sekali.

Bagi rangkaian kedai elit, proses stock-check dilakukan dengan bantuan sistem komputer. Ini amat memudahkan para penerbit dan pengedar menyemak ’stock-level’ setiap judul yang mereka bekalkan kepada rangkaian itu.

Bagi kedai-kedai indie, stock-check terpaksa dibuat secara manual. Kita sendiri perlu pergi ke kedai itu dan kira judul-judul buku yang kita bekalkan. Periksa judul yang sudah habis terjual, yang sudah kurang, dan yang tidak bergerak (tak laku).

Bagi judul yang habis dan sudah kurang, tambah bekalan baru.

Bagi judul yang tidak laku, ambil balik. Jangan terus dipamerkan di kedai itu. Ambil balik judul yang tak laku sebab ia dapat dihantar ke kedai-kedai lain di mana judul itu boleh laku.

Kerja stock-check termasuklah mengemaskan susunan buku-buku kita di rak-rak dalam kedai itu. Jangan berharap sahaja kepada pekerja kedai menyusun buku-buku kita.

Syarikat kecil lazimnya tidak mempunyai jumlah eksekutif khidmat pelanggan dan salesman yang cukup bagi menjalankan tugas-tugas stock-check secara berjadual. Alasannya adalah volume bisnes masih kecil, oleh itu belum mampu mengambil lebih banyak staf.

Tetapi, selagi jumlah staf jabatan jualan tidak ditambah, selagi itulah volume jualan sukar bertambah!
.

.

Menulis adalah Menulis Semula

Tulis semula bab-bab awal buku saudara!

Bab-bab awal sangat penting peranannya dalam mencipta persepsi kualiti buku saudara. Kalau orang yang membelek-belek buku saudara suka membaca bab awal, ada harapan dia mahu membeli buku saudara itu.

Sentuhan pertama, walau apa pun namanya sentuhan itu, mestilah sentuhan ajaib.

Kalau ayat pertama yang dibacanya menimbulkan kesan suka, itulah sentuhan pertama yang menimbulkan minat baginya terus membaca ayat kedua dan ayat-ayat seterusnya.

Kalau ayat pertama pun sudah lembik, manakan timbul ghairah bacanya.

Tulis-tulis semula semua ayat-ayat pertama setiap bab buku saudara. Ini disebabkan kita sudah membuat pemerhatian bagaimana bakal pembeli buku menilai kualiti buku yang dibacanya.

Didapati, bakal pembeli bukan hanya membaca ayat pertama bab 1, tetapi mereka lebih banyak membaca ayat pertama bab-bab yang di tengah-tengah!

Pastikan, walau bab mana yang dibuka dan dibacanya, ayat pertama yang dibacanya itu mencipta kesan sentuhan pertama yang ajaib.

Manakan tidak ajaib! Saudara penulis baru. Buku itu buku sulung saudara. Nama saudara belum ada brand, tetapi dia sudah terpikat dengan buku saudara, lalu membelinya.

.

.

Teknik Berfalsafah dalam Karya

Ada pengarang Malaysia berasa tersinggung lalu marah-marah apabila seorang penulis Indonesia mengatakan karya Malaysia tidak mengandung falsafah.

Isu apakah komen penulis Indonesia itu benar bagi SEMUA karya penulis Malaysia, ataupun ia benar bagi mana-mana karya yang pernah dibaca oleh penulis Indonesia itu sahaja, isu itu bukan persoalan penting.

Yang penting adalah menerima kenyataan bahawa karya sastera mesti mencipta kesan ke atas daya fikir pembacanya bahawa karya itu mengandung falsafah dan dia memahami mesej falsafah si pengarang.

Kesan falsafah itu mesti terang dan jelas, sambil membaca, pembaca sudah nampak apa falsafah yang terkandung dalam karya itu.

Bukan mesej falsafah yang perlu dicari-cari, digali-gali, diteka-teka apa barangkali falsafah yang cuba disampaikan oleh si pengarang. Bukan kesan samar-samar, ataupun yang cuma diada-adakan oleh pengkritik karya itu.

Bukan juga falsafah yang memerlukan IQ tinggi disertai oleh penguasaan ilmu-ilmu bantu yang tinggi-tinggi bagi mengesan dan memahami mesej falsafah itu, bukan yang perlu difikir-fikirkan dengan mendalam, perlu direnungkan, dimenungkan.

Bukan, bukan falsafah yang seperti itu. Jika begini persepsi kita, karya seperti itu tidak banyak gunanya bagi tujuan memandaikan pembaca, sedangkan adalah fungsi asas sastera memberi pencerahan, yakni membantu pembaca menjadi lebih bijaksana selesai membacanya.

Bukan juga mesej falsafah yang hanya dapat dimasukkan oleh pengarang selepas banyak membaca buku-buku falsafah Barat mahupun kitab-kitab tulisan ulamak-ulamak agung. Jika begini persepsi kita, maka tidak banyak penulis yang berani memasukkan unsur falsafah ke dalam karyanya.

Memang ada karya sastera yang bertaraf karya falsafah, yang ditulis oleh pengarang yang menguasai ilmu-ilmu falsafah, dan hanya dapat difahami mesej falsafahnya oleh pembaca yang memiliki banyak ilmu-ilmu bantu yang tinggi dan kompleks. Barangkali kategori inilah yang dimaksudkan oleh si penulis Indonesia itu.

Dari sudut pandang Islam, setiap penulis dituntut memasukkan mesej falsafah ajaran Islam ke dalam karyanya, tanpa kekecualian apakah karya itu cerita kanak-kanak, novel remaja, novel cinta ataupun fiksyen sains, dan tanpa kekecualian apakah individu yang membaca karyanya itu kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa.

Justeru Islam tidak membataskan tugas berfalsafah itu kepada sasterawan yang menguasai ilmu-ilmu falsafah Islam, Barat dan Timur sahaja, ataupun kepada mereka yang menulis novel-novel bertaraf ’sastera’ sahaja. Tuntutan Islam ini tidak membedakan penulis kepada kategori sasterawan dan bukan sasterawan, suatu pembedaan ciptaan pakar-pakar teori sastera aliran konvensional.

Justeru, dari sudut pandang Islam, penulis-penulis novel remaja, novel popular, novel cinta, novel sejarah, malah novel thriller sekalipun, dituntut memasukkan mesej falsafah dalam karyanya.

Apabila Islam menuntut semua penulis berfalsafah, maka timbul 2 isu:

(1) Isu pertama, apakah jenis-jenis falsafah yang mudah dimasukkan ke dalam karya, sehingga ia membolehkan penulis yang belum membaca buku-buku falsafah pun dapat memasukkan unsur falsafah dalam karyanya.

(2) Isu kedua adalah, apakah ada teknik-teknik yang mudah bagi memasukkan unsur falsafah ke dalam karya, sehingga penulis-penulis yang baru belajar menulis pun sudah dapat mempelajari dan menggunakan teknik-teknik itu.

………………….

Pesan bagi mentee-mentee SifuPTS:

Memasukkan kandungan falsafah dalam novel jibunsyi adalah mudah. Ikut teknik yang digunakan dalam surah Yusuf. Teknik itu adalah dengan menggunakan dialog yang mengandung nilai. Maksudnya, mesej falsafah itu disampaikan dalam dialog watak-watak, bukan dalam naratif.

Teknik dialog mengandung nilai falsafah inilah yang digunakan dalam sastera komik Amerika. Inilah yang membolehkan, jangan dikatakan karya sastera, malah strip komik Amerika sekalipun, mengandung unsur falsafah. Justeru, si kucing Garfield itu pun seringkali mengucapkan dialog-dialog yang mengandung mesej falsafah!

(Teknik falsafah dalam dialog inilah yang membolehkan Garfiled diminati oleh semua kategori manusia, di semua pelosok dunia - dan tidak terbatas pada peminat kucing sahaja.)

Berdasarkan surah Yusuf, watak utama mestilah seorang yang mengucapkan dialog yang mengandung falsafah ajaran Islam. Prinsip inilah yang menyebabkan dalam teori sastera Islami (aliran surah Yusuf), watak utama tidak boleh merupakan individu yang tidak baik, yang tidak insaf sampai akhir cerita, sebab jika begitu, kita memberikan kemenangan moral kepada kemungkaran.

Ada dua jenis dialog falsafah dalam surah Yusuf:

(1) Dialog yang dengan jelas mengandungi mesej falsafah Islam.

Sebagai contoh, ayat 90: “Barang siapa yang hatinya sabar, Allah tidak menyia-nyiakan perbuatan baiknya.”

(2) Dialog yang tidak secara jelas menyatakan ajaran Islam.

Sebagai contoh ayat 35: Dalam episod sewaktu isteri al-Aziz mengancam Nabi Yusuf, sekiranya dia tetap enggan membalas cintanya, maka dia akan pastikan supaya Nabi Yusuf dimasukkan ke dalam penjara.

Dijawab oleh Nabi Yusuf dengan berkata lebih kurang beginilah maksudnya, “…saya lebih cintakan penjara daripada cinta yang puan tawarkan kepada saya…”

Sifu sedang menyambung kajian ke atas surah Yusuf….

Jangan lupa! Besok, Sabtu 25 Nov, datang kelas tambahan!



Wednesday, November 22, 2006

Branding dan Surah Yusuf


Nama saudara dapat dijadikan BRAND. Nama penulis menjadi BRAND apabila orang membeli sesuatu buku itu disebabkan dia menghargai nama pengarangnya.

Brand mempunyai tempoh hayatnya. Brand yang dikenali oleh suatu generasi belum tentu dikenali oleh generasi berikutnya.

Ambil kes ini sebagai contoh: Nama Azizi Hj. Abdullah adalah salah satu nama besar dalam sastera Melayu moden. Bagi generasi SifuPTS, siapa yang tidak kenal nama itu. Beliau banyak menerima anugerah.

Pada suatu masa pengetua sebuah sekolah mengundang beliau memberi ceramah kepada pelajar-pelajar sekolahnya.

Apabila Azizi bertanya kepada pelajar-pelajar yang hadir, siapa kenal karya-karyanya, tidak seorang pun yang kenal. Tidak ada yang pernah mendengar nama 'Azizi Hj. Abdullah' sebagai nama seorang sasterawan. Pengetua sekolah itu kenal nama beliau, tetapi pelajar-pelajar itu tidak kenal.

Kes Azizi Hj. Abdullah bukan kes yang unik. Majoriti nama-nama sasterawan seangkatan dengan Azizi mengalami nasib yang serupa. Pelajar-pelajar sekolah hari ini tidak kenal mereka.

Faktor utama yang menimbulkan situasi ini adalah disebabkan karya-karya mereka tidak ada di dalam perpustakaan sekolah. Inilah yang menyebabkan pelajar-pelajar tidak kenal dan tidak dapat membaca karya-karya mereka.

Walaupun Azizi Hj. Abdullah mempunyai banyak karya, karya-karya beliau tidak lagi diulangcetak dan dipasarkan ke perpustakaan sekolah.

Suatu hari nanti sudara mungkin mengalami nasib seperti sasterawan Azizi Hj. Abdullah. Pada hari ini novel saudara mungkin laku keras, tetapi 10 tahun dari sekarang, pelajar-pelajar sekolah menengah mungkin tidak kenal nama saudara.

Sepuluh tahun dari sekarang, bagaimanakah caranya hendak menjual novel saudara kepada pembeli yang tidak kenal nama saudara? Sedangkan 10 tahun dari sekarang sudah banyak nama-nama kontemporari yang terkenal, yang menguasai pasaran semasa.

Sebagai penulis, saudara perlu memilih penerbit yang buku-bukunya mendapat kepercayaan guru-guru, dan dengan demikian buku-buku penerbit itu banyak dijual ke perpustakaan sekolah, supaya karya saudara dibaca oleh pelajar.

Lebih awal kanak-kanak membaca buku-buku saudara, itu adalah lebih baik.

Pelajar yang sudah kenal nama saudara sejak di bangku sekolah menengah atas, apabila mereka sudah bekerja, mereka akan membeli karya-karya terbaru saudara. Nama saudara sudah menjadi BRAND dalam memorinya.

Apabila mereka mempunyai anak kecil yang sudah pandai membaca, mereka akan membelikan buku-buku yang pernah dibacanya sewaktu mereka masih di sekolah rendah! Nama saudara sudah menjadi BRAND dalam memorinya.

Apabila dia mempunyai cucu, dia akan membelikan buku saudara sebagai hadiah untuk bacaan cucu-cucunya. Pendeknya, seorang nenek yang membaca buku "Cinderela" sewaktu dia kecil, dia akan membelikan buku cerita itu untuk anaknya, dan kemudian untuk cucunya.

Tulislah buku-buku evergreen bagi pasaran perpustakaan sekolah rendah dan menengah. Dengan cara ini saudara sudah mencipta nama saudara sebagai BRAND dalam otak peminat saudara sejak mereka masih kecil lagi.

Sejak di sekolah rendah mereka sudah membaca buku cerita karangan saudara. Apabila naik ke sekolah menengah, buku saudara pun ada dalam perpustakaan dan mereka membaca karya saudara.

Apabila mereka keluar sekolah dan memasuki alam pekerjaan, apabila mereka pergi ke kedai buku, percayalah mereka akan beli karya-karya saudara yang ada dalam kedai buku. Tingkah laku ini disebut dengan istilah 'brand loyalti'.

Ini adalah strategi kerja jangka masa panjang. Ini adalah vision yang mendorong saudara menulis buku-buku cerita evergreen, yang dapat diulang cetak setiap tahun, selama berpuluh-puluh tahun.

Banyak buku hayat jualannya amat singkat. Ia cuma dapat dijual semusim. Habis musim ia menjadi 'buku lama'. Selepas 10 tahun ia menjadi 'buku buruk'. Buku-buku seperti itu adalah buku yang tidak bertaraf harta intelek.

Buku-buku yang evergreen akan dapat dijual kepada beberapa generasi. Buku jenis inilah yang disebut harta intelek.

Sebagai harta buku-buku itu membawa pulangan yang berpanjangan, malah royaltinya dapat diwariskan kepada anak cucu. Justeru, jangan terpilih penerbit yang membeli ataupun 'merampas' hakcipta karya saudara.

Strategi kerja bagaimana menghasilkan karya untuk pasaran dewasa dan remaja sekaligus dan serentak sudah diterangkan kepada mentee-mentee Sifu yang mengikuti bengkel jibunsyi.

(a) Ikut model kisah Nabi Yusuf, yang plot ceritanya bermula sejak beliau 8 tahun.

(b) Tulis novel jibunsyi saudara menggunakan KJ Method.

(c) Tiru gaya bahasa tinggi seperti yang digunakan dalam Surah Yusuf, sebab Bahasa Tinggi itu mempunyai hayat evergreen.

Jangan menulis dengan mengikuti prinsip-prinsip, teknik serta gaya bahasa ciptaan akal manusia semata-mata, dan menolak model yang Allah sudah tunjukkan dalam Quran.

Allah lebih mengetahui strategi dan cara kerja yang menghasilkan karya hasanah yang evergreen. Kita ikut sahaja strategi dan teknik-teknik ciptaan Allah itu.
.

.

Tuesday, November 14, 2006

Matinya Penerbit Buku Cina Tempatan

Pasaran buku-buku dalam bahasa Cina di Malaysia adalah lebih besar daripada pasaran buku-buku dalam bahasa Inggeris. Demikian pula, pasaran akhbar Cina adalah lebih besar daripada pasaran akhbar Inggeris.

Ambil contoh sebuah buku strategi bisnes yang sangat terkenal saat ini, “BLUE OCEAN STRATEGY” klik. Buku impot edisi Inggerisnya laku sekitar 2000 naskhah, manakala edisi impot terjemahan Cinanya laku lebih 5000 naskhah!

Sumber daripada sebuah rangkaian kedai buku elit memberitahu kita bahawa pasaran buku-buku Inggeris sudah sedekad mem-plateau, yakni mendatar. Manakala pasaran buku-buku Cina sedang berkembang dengan amat pesatnya.

Rangkaian POPULAR setiap bulan mengimpot antara 200 - 300 judul buku-buku Cina dari Cina (PR), Taiwan dan Hong Kong. Setiap judul diimpot antara 2 ribu sehingga 5 ribu naskhah.

Kemasukan buku-buku Cina impot telah membunuh penerbit-penerbit buku Cina tempatan. Penerbit besar seperti PELANGI pun telah menutup jabatan buku Cinanya!

Faktor utama yang menyebabkan matinya penerbitan buku Cina tempatan adalah harga buku-buku Cina impot adalah sepertiga harga buku terbitan tempatan.

.

.

Bahasa Inggeris: Malaysia Meniru Benua India

Benarkah negara-negara yang mengajarkan sains dan matematik menggunakan bahasa Inggeris berjaya menjadikan rakyatnya kaya raya macam rakyat Amerika dan Britain?

Bank Dunia sudah menerbitkan laporan 2005 ranking pendapatan per kapita.

10 negara per kapita teratas:

Luxembourg (1)
Norway (2)
Switzerland (3)
USA (4)
Denmark (5)
Iceland (6)
Japan (7)
Sweden (8)
Republic of Ireland (9)
United Kingdom (10)

Malaysia (55)
Thailand (78)
Indonesia (111)

Di manakah kedudukan negara-negara Asia yang menggunakan bahasa Inggeris bagi mengajarkan sains dan matematik?

Filipina (110)
Sri Langka (117)
India (129)
Bangladesh (140)
Pakistan (172)

Statistik ini dilaporkan oleh Bank Dunia. Jadi Malaysia saat ini sedang menggunakan model sistem pendidikan yang kita pinjam dari negara-negara yang prestasinya lebih buruk daripada prestasi Malaysia sendiri.

Pandai! Pandai!

.

.

Dasar Editorial PTS

Novel-novel remaja terbitan PTS ONE menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT), sedangkan dalam dunia realiti, tidak ada kanak-kanak dan remaja yang bertutur menggunakan BMT dalam percakapan harian mereka.

Ada beberapa faktor yang diambil kira sewaktu PTS menggubal dasar editorialnya:

1. Novel-novel remaja PTS ONE ditargetkan kepada pasaran perpustakaan sekolah rendah dan menengah. Oleh itu bahasa dalam novel-novel itu mesti mematuhi sistem ejaan dan tatabahasa DBP.

2. Selain ditargetkan kepada ibu bapa Melayu, novel-novel remaja PTS juga ditargetkan kepada ibu bapa bukan Melayu yang membelikan bahan-bahan bacaan tambahan bagi membantu anak-anak mereka meningkatkan prestasi pelajaran Bahasa Melayu mereka dalam peperiksaan.

3. Model kanak-kanak bercakap menggunakan bahasa tinggi diambil daripada surah Yusuf, di mana semasa Nabi Yusuf masih kecil beliau bercakap kepada ayahandanya menggunakan bahasa tinggi.

Dasar editorial PTS berpegang pada prinsip bahawa PTS bukan hanya menerbitkan buku-buku cerita demi membuat untung, biarpun ia merosakkan bahasa golongan remaja.

Perjuangan PTS adalah menerbitkan buku-buku bacaan pengkayaan yang isinya baik bagi remaja, manakala pada waktu yang sama buku-buku itu membantu kerja guru-guru bahasa.

.

.

Monday, November 13, 2006

Teknik Surah Yusuf: Senarai Semakan

Entri ini khusus untuk mentee-mentee SifuPTS yang ikut serta dalam program penulisan novel jibunsyi:

Ciri-ciri keindahan jibunsyi:

1. Kisah benar dalam sebuah keluarga (Ya) (Tidak)

2. Watak utamanya lelaki (Ya) (Tidak)

3. Watak pembantu utamanya perempuan (Ya) (Tidak)

4. Tempoh ceritanya panjang, sejak watak utama 8 tahun, selama sekurang-kurangnya 20 tahun (Ya) (Tidak)

5. Jumlah wataknya banyak, sekurang-kurangnya 20 orang (Ya) (Tidak)

6. Watak-watak jahat lebih banyak daripada watak-watak baik (Ya) (Tidak)

7. Tidak ada watak jahat yang dihukum, sebaliknya semua watak jahat insaf sendiri (Ya) (Tidak)

8. Terdapat watak-watak daripada pelbagai latar belakang, usia, bangsa dan status dalam masyarakat (Ya) (Tidak)

9. Watak utama ditimpa malang sekurang-kurangnya 5 kali (Ya) (Tidak)

10. Watak utama berkonflik dengan sekurang-kurang 5 pihak lain (Ya) (Tidak)

11. Pada akhir cerita watak utamanya berjaya (Ya) (Tidak)

12. Plot disampaikan secara kronologi (Ya) (Tidak)

13. Bahasa yang digunakan dalam naratif dan dialog adalah Bahasa Tinggi dan bernilai sastera (Ya) (Tidak)

14. Tidak ada bahasa campur-aduk dengan bahasa asing (Ya) (Tidak)

15. Tidak ada bahasa manja, bahasa bayi dan bahasa mesra (Ya) (Tidak)

16. Tidak ada babak percampuran lelaki-perempuan bukan muhrim yang tidak dibenarkan oleh agama seperti majlis tari menari, disko dan seumpamanya (Ya) (Tidak)

17. Tidak ada babak lelaki perempuan berdua-duaan ataupun babak berasmara (Ya) (Tidak)

18. Tidak ada dialog yang menggunakan bahasa kesat (Ya) (Tidak)

19. Tidak ada gambaran tubuh badan lelaki tampan dan perempuan jelita (Ya) (Tidak)

20. Tidak ada deskripsi pakaian lelaki tampan dan perempuan jelita (Ya) (Tidak)

21. Babak-babak mungkar diceritakan dalam dialog, bukan dalam naratif (Ya) (Tidak)

22. Pengarang tidak masuk ke dalam otak dan hati watak-watak (Ya) (Tidak)

23. Kata sifat tidak digunakan dalam naratif, sebaliknya digunakan dalam dialog (Ya) (Tidak)

24. Tidak ada gambaran alam semulajadi (Ya) (Tidak)

25. Tidak ada ukuran-ukuran spesifik (Ya) (Tidak)

26. Tidak ada simbol-simbol kekayaan (Ya) (Tidak)

27. Tidak ada deskripsi detail ruang dalam bangunan (Ya) (Tidak)

28. 30% pekata di depan kata (Ya) (Tidak)

29. 50% dialog terdiri daripada 1 ayat dalam 1 dialog (Ya) (Tidak)

29. Paling kurang 60 episod (Ya) (Tidak)

30. Satu kad satu episod (Ya) (Tidak)

31. Ditulis secara non-linear ikut KJ Method (Ya) (Tidak)

33. DIALOG. ACTION. SETTING (Ya) (Tidak)

Nota: Makin banyak (YA), semakin indah novel saudara.

.

.

Sunday, November 12, 2006

Bahasa Inggeris dan Periuk Nasi Automatik

Benarkah dengan menggunakan bahasa Inggeris, sesuatu bangsa itu dapat menjadi sama pandai, sama kreatif, sama maju dan sama kayaraya seperti bangsa Amerika dan bangsa Britain?


Bangsa-bangsa di India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka sudah 150 tahun menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium pendidikan.

Siapakah yang mencipta periuk nasi elektrik? Juruteknik Jepun yang bodoh bahasa Inggeris!

Dua ilmu sains yang digunakan bagi mencipta periuk nasi ajaib itu sudah diajarkan sejak peringkat sekolah menengah aliran Inggeris di India, yakni (1) sains logam dan (2) sains haba.

Sistem pendidikan aliran Inggeris di India berjaya menghasilkan seorang Bose, ahli sains fizik yang memenangi Hadiah Nobel, yang berjaya membuktikan salah satu model matematik Einstein salah.

India dan Pakistan juga mempunyai pakar-pakar bom nuklear.

Namun otak-otak brilian India yang fasih bahasa Inggeris itu tidak mampu mencipta - meskipun sekadar produk berteknologi rendah - biarpun sebodoh periuk nasi automatik!

Nota: Di sini ada senarai negara-negara yang meminjam bahasa Inggeris sebagai medium pendidikan. Di manakah kaitannya antara BI dan kekayaan bangsa peminjam BI? KLIK.